Assalamualaikum W.B.T
&
Salam sejahtera kepada semua pembaca yang masih sudi membaca.
Ni nak habaq mai sikit..
Satu kisah dulu kala...
Aku nak tanya korang semua ni?
Pernah tak suatu masa dan ketika itu,
Korang mengharapkan seseorang menghargai kau tetapi tidak mendapat balasan sepatutnya?
Sedih bukan?
Kau hantar mesej, dia tak reply...
Dia hanya cari kau bila waktu diperlukan sahaja..
Kau sibuk tanya khabar dia tapi dia tak pernah nak tanya khabar kau langsung...
Sedihkan? hehehehe
Nak aku tambahkan kesedihan korang lagi?
Semua itu adalah hukum karma dan berpunca daripada korang sendiri...
Aik marah pulak?
Sabar, sabar...meh aku terangkan.
Ni yang nak kongsi kisah ni.
Aku pun pernah berada di situasi di atas...
Tapi tuhan tuh ada cara yang sungguh unik untuk mengingatkan kita dengan kesilapan kita...
Maka Dia kenalkan aku dengan 2 orang teman ni...
Jemi Azmi dan juga Haja Mydin
Apa kisahnya dengan mereka berdua ni?
Begini ceritanya :
"Aku ini orang Indo......." eh salah cerita, ini mak Limah
Aku dulu seperti yang di atas la,
Mengharapkan orang menghargai, memahami sehingga aku rasa macam 'suck' gila bila buat baik kat orang...
Secara tidak sedar aku telah jatuh hukum tidak ikhlas....
(FYI, bila tidak ikhlas/mengungkit segala pahala kita ditarik balik)
Tapi mereka berdua ni membuatkan aku segan dengan diri aku sendiri...
Jemi ni dia selalu jek hantar mesej mengarut kat aku, cerita pasal adik dia la, pasal sakit belakang la, cerita dia makan McD tiap-tiap hari pun nak cerita.
Tapi dalam setiap mesej dia, tak pernah tak ada ayat "ko apa kabo mok?"
Haja ni pula,
Rajin sungguh menghantar mesej kat aku tetapi kerajinan aku untuk membalas tidak menyamai beliau...
Ratio mesej yang aku hantar dengan yang aku balas ada la dalam 10 : 1
Kalau mesej awek, laju jek aku balas...
Mereka juga buat apa yang aku buat kat orang lain,
Sekarang aku merasakan apa perasaan mereka bila aku endahkan mesej mereka
Bila mereka yang sibuk tanya khabar aku tapi aku tidak pernah bertanya khabar mereka..
Benda-benda itu datang tepat kat muka aku...
Kerana mereka ikhlas,
Sungguhpun mereka terasa dengan perbuatan aku,
Mereka tetap manghargai aku...
Malu dengan mereka berdua ni...
Jadi pembaca sekalian,
Andainya anda berasa sedemikian..
Periksa semula kawan-kawan anda,
Pernah ke tidak kamu menyinggung perasaannya...
Pernah ke kamu mengendahkannya...
Dan ikhlaskanlah diri anda semua dengan berkawan kerana tuhan akan tunjukkan kepada mereka suatu hari nanti
Sebagaimana yang Dia tunjukkan kepada aku.
Hargai setiap mereka yang hadir dalam hidup kamu,
Kalau mereka itu tidak berguna, apa gunanya tuhan temukan mereka dengan anda?
Tuhan akan sentiasa menilai kita daripada pelbagai aspek yang kita tidak tahu sebenarnya.
Semoga berjaya!!
No comments:
Post a Comment