Assalamualaikum W.B.T
Wassup yaaaww?
Ok la kali ni masa untuk petikan bahasa Melayu pula kerana dua petikan sebelum ini ditulis 99% bahasa Enggeris.
Saya cintai bahasa Melayu.
Eh ni nak kongsi sikit kisah-kisah lama yang boleh dikatakan gila..
Kisah 1 :
Kejadian ini berlaku masa aku form 1.
Aku bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur.
Biasanya pergi KL dengan keluarga tatkala musim raya atau ada majlis tertentu sahaja...
Jadi aku ditempatkan pertama kali jauh dari keluarga di sebuah bandar raya.
Kisahnya, aku terlalu 'homesick' jadi aku cabut lari dari sekolah tiru tandangan warden bertugas.
Mungkin sama ada aku terlalu bijak atau warden terlalu cetek akal, aku berjaya dengan gemilangnya.
Tapi pukul 10 malam kot agak-agak la nak percaya...
Maka aku dapat beli tiket bas ke JB dan untuk makluman anda semua, duit aku habis kosong ketika itu.
Aku tiba di Stesen Larkin JB lebih kurang pukul 4 pagi
Bas tiada yang ada teksi jek pada masa tuh (aku bagitaukan duit aku habis?)
Aku nak membuat panggilan pun tidak boleh.
Aku tinggal dekat Skudai, jauh gila kot dari Larkin.
Agaknya apa aku buat?
hehehehehehehehe
AKU JALAN KAKI..!!!
Tambahan dengan beg besar macam berat budak aku berjalan sehingga sebuah lori berhenti untuk menumpangkan aku.
Sebagai budak aku dengar macam-macam nasihat dan cerita berbahaya...
Ada dua orang India dalamnya, dia nak tumpangkan aku sampai Skudai.
Bahayakan?
Tapi gila tak gila
AKU NAIK TUMPANG JUGAK
hahahahaha
Awalnya ok sahaja tapi aku memang dah jangkakan akan ada benda yang berlaku...
Dia berborak-borak seperti biasa sehingga tangan dia mula merayap...
Weh,
Sebagai lelaki aku hanya tau perempuan jek yang akan ada nafsu dengan aku..
Dalam keadaan itu aku berasa sangat janggal tapi aku tak panik atau melawan.
Aku ligat berfikir penyelesaian.
Pada satu saat lori itu melalui sebuah kedai makan yang biasa aku dengan keluarga melepak.
Kebetulan ada seorang lelaki keluar menggeliat di tepi jalan...
Aku terus cakap
"Uncle, berhenti sini tadi itu pakcik saya dia sudah tunggu situ, saya call tadi"
Sekali lagi aku tekankan.
Sama ada aku terlalu bijak atau itu keling terlalu bengap
Dia percaya.
Tapi masih nak cuba hantar aku sampai Skudai.
(Untuk pengetahuan anda semua yang tidak pernah ke JB, Skudai merupakan penghujung sebelum naik ke highway)
Aku fikir kiranya aku biarkan lori itu akan naik ke highway dan tiba-tiba aku ada kat Thailand, magik!
Bye Leo Huzair.
Tapi aku cakap dengan dia, jangan bikin susah nanti saya panggil uncle saya.
Dia akur dan turunkan aku beberapa meter dari orang tadi, dan bagi aku segala duit syiling yang ada dalam lorinya.
(peh terasa aku macam kene rasuah!!)
Aku bersyukur
Cuak jugak masa tuh.
Aku sambung perjalanan sambil mengelak kot-kot terserempak dengan ayah aku bila dia nak pergi kerja.
Apabila hampir-hampir tiba kawasan rumah, aku ditumpang oleh bekas pemandu bas aku ketika sekolah rendah.
Aku cakap yang aku cuti...(hebat bohong aku ni)
Aku minta dia hentikan jauh sikit dari rumah.
Kat situ ada pondok telefon..
Menggunakan duit syiling yang ada aku call rumah, mak aku jawab.
Aku cakap aku baru sampai dari KL tapi bas turunkan aku kat luar Skudai
(Padahal aku ada beberapa meter dari rumah jek)
Berbekalkan kepandaian matematik aku ketika itu...
Aku peruntukan masa yang diambil dari luar untuk masuk ke rumah dalam 45 minit.
(Jadi aku berlegar-legar kat kawasan situ selama 45 minit)
Tadaaaa!! aku sampai rumah
(Ada dialog sikit-sikit dengan mak aku, ayah aku...diorang punya marah masa tuh. Telefon sekolah diorang tak tahu pape.)
Tapi hal di atas diorang tahu?
Diorang hanya tahu pada tahun 2005, kejadian itu pada tahun 2001.
5 tahun aku berjaya simpan cerita itu.
GILA kan?
Bila aku cakap dengan anda semua yang aku memang berani, sila jangan cuba untuk pertikaikan. Hahahaha
Ada banyak lagi cerita gila nanti aku kongsi.
Callooo!!
No comments:
Post a Comment