Followers

Thursday, September 1, 2011

Kena start belajar ni...

Pada musim puasa yang lepas...

Aku berbuka puasa bersama teman-teman lama yang dikatakan hampir 5 tahun tidak bersua..

Masing-masing semakin kacak bergaya kecuali seorang saja iaitu Jemi Azmi (jahat giler aku)

Pelbagai imbasan kisah silam yang indah belaka tatkala kami semua bergelar pelajar.

Bagaimana kami berpuasa bersahur bersama, klasik sungguh perasaannya...

Aku pula sudah hampir terlupa akan perihal seorang teman iaitu Izzat Shaharudin.

Pabila diperlihatkan rupanya aku menepuk dahiku, tidak kusangka aku boleh lupa akan beliau.

Maka aku, Malek & Izzat bersembanglah....

Usha awek seperti biasa, lawak mengarut seperti biasa....

Aku memperlihatkan sekeliling, ramai remaja turut berbuka puasa di situ...

Rasa seperti aku juga seorang remaja namun aku berkata kepada Malek...

"Kita kena mula belajar memanggil mereka adik..."

Malek terdiam sementara, dia melihat sekeliling...dia tersenyum seperti tanda setuju.

"Haah la...dulu kita nak order makanan jek panggil 'kak', sampai budak McD tadi pelik bila aku panggil dia 'kak'"

Ya, kami semua nampaknya sudah terbiasa, & untuk keluar dari kebiasaan itu menjadi sedikit kesukaran kepada kami..

Disngkakan bila umur meningkat, kami sudah tamat belajar...maka tamat semuanya.

Tidak, jangkaan kami meleset sekali....kami kena mula belajar semula.

Belajar kebiasaan menjadi dewasa....

Pertemuan singkat itu sesungguhnya membuahkan banyak intipati...

Aku mengharapkan untuk bertemu mereka lagi....

No comments: