Followers

Thursday, September 1, 2011

Hikayat Putera Manis

Siang-siang susuk malam, dinihari penghujung bulan...

Si Putera Manis duduk sendirian mengenang jiwa yang kian...

Mata mengerlip tidur masih belum menyinggah, titahnya ingin menunggu satu saat istimewa..

Kotak ajaib tidak berbunyi sekian lama, tiada seruan tiada khabaran...

Semut mula menggigit mendaki keseluruh badan, hakikat badan yang manis...

Khabar perutusan dari Putera Gelap dahulu sungguh dikhuatiri, benar atau tidak...

Bilangnya dari Puteri 5 Inci, si gadis comel namun tidak rupawan...

Sudah lama hati menyimpan perasaan, sungguh begitu diberitahu si puteri dalam halaman senda gurauan.

Putera Gelap rapat dengan Putera Manis, ratusan kata kunci tunas membina kerajaan di amanahkan...

Salah satunya mungkin isi hati terhadap Puteri 5 Inci, khuatirnya bukan kerana takut namun gelisah apa yang mungkin berlaku.

Putera Manis tidak berteman, tidak juga mencari tidak juga menunggu...

Puteri 5 Inci iya, khabarnya seorang Panglima Garang yang sangat digeruni kerana kehebatan untuk pertiwi.

Pesan ibunda selalu dipegang, "jangan dibiar jiwa merana, andai gusar luahkan, andai mampu ditahan membatu"

Namun Putera Manis sentiasa bijak berfikir, mencipta ikhtiar 'kekalan' membantu menangani perasaannya.

Cuma ikhtiar itu terdapat sedikit kekurangan, 'kekalan' membuatkan beliau hampir lupa beberapa perkara sekeliling serta orang yang terlibat...

Baginya diri ini tidak pernah penting bagi orang lain, maka tiada siapa yang akan peduli sama ada dia wujud atau tidak.

Tapi dia masih gembira, masih berkelana...

Putera Manis mengambil kotak ajaibnya, memberi kata laluan halakian terdengar suara Puteri 5 Inci...

Masih seperti biasa, kata-kata yang membawa senyuman meskipun tidak di mata namun dirasai.

Malam angin menghembus seolah-olah mendendangkan lagu.

Si Putera Manis menyampai kata-kata pembuka hari istimewa si Puteri 5 Inci...

Sebenarnya agak jarang mereka berhubung...

Cerita si Putera Gelap bangkit membuatkan Putera Manis tersentak sementara...

Dengan keupayaan daya memujuk Puteri 5 Inci, terlerailah benteng armada Putera Manis.

Diberitahu akan kaedah 'kekalan' yang diciptanya kerana khuatir fenomena pembiakan yang merunsingkan.

Menjadi kesukaran bagi beliau untuk memberikan penerangan tapi Puteri 5 Inci bijak bakanya...

Suku malam dipinjam untuk mereka berdua berhubung, kotak ajaib semakin keletihan kuasa...

Putera Manis memberikan kata-kata terakhir, dia sendiri tidak pasti adakah akan bertemu lagi...

Kata laluan diberi putuslah hubungan, kotak ajaib berasap-asap.

Putera Manis tersenyum lega dan beradulah ia......

No comments: