Tak kira la yang gemuk, kurus, putih, gelap, pendek atau tinggi macam galah...
Kita semua mempunyai semangat untuk mencintai dan dicintai bukan?
Dah menjadi lumrah hidup kita ini dicipta dengan kasih sayang tuhan, untuk disemai keseluruh alam...
Satu jek nak tanya,
Jenis cinta yang macam mana kita semua nak cari?
Aku ada bace banyak blog, post2 kat FB tentang keindahan pasangan yang bercinta....
Alahai sweetnya aku baca ayat-ayat diorg, geli pun ade kadang-kadang....
Benda yang terakhir ingin aku dengar mungkin berita perpisahan mereka...
Menyakitkan?
Betul...aku juga pernah menghadapi situasi itu
Aku tidak berani nak cakap ia rasa seperti Ais Krim Cornetto ataupun Asam Jawa
Kita semua mahukan cinta yang berkekalan.
KEKAL
Bermaksud
Kita tidak perlu mencari orang lain untuk mengadu saat kesukaran, berkongsi kegembiraan dan kejayaan..
Itulah jawapan mereka-mereka apabila diajukan soalan demikian.
Apa yang membezakan seorang kawan itu dengan seorang kekasih mungkin?
Jujur aku cakap,
Aku masih mencari perbezaan yang ketara
Ada yang cakap bezanya dari perasaan, ada yang cakap ayat-ayat yang dituturkan, perbuatan yang dilakukan bersama itu lain....
Iyakah?
Maka, aku pun belajarlah, meneroka dunia ini perlahan langkah demi langkah.
Aku ingin mencari cinta yang kekal.
Jadi aku bertanya dengan arwah atuk aku suatu ketika dahulu...
Aku sangat mengagumi percintaan mereka
Aku tidak perlu memerhatikan kisah cinta Lisa Surihani atau mungkin Shaheizy Sam.
Atuk aku meninggal 2 tahun selepas isterinya...
Dalam masa 2 tahun itulah barulah aku tahu ketahanan cinta mereka,
Atuk aku tidak pernah putus berkunjung ke pusara isterinya, lengkap sehari dua kali...
Dalam masa umurnya dalam 80 tahun itu masih juga ada insan yang ingin menggantikan isterinya..
Untuk menjaganya saat-saat menanti keakhiran hidup.
Namun
Dia menolak
Orang bertanya macam mana cintanya boleh kekal lama?
(Atuk aku di zaman mudanya boleh dikatakan 'hebat')
Dia memberitahu kami semua satu keluarga.
"NEVER always tell your partner that you love them"
Aku terus terang agak terkejut ketika itu, dalam hati kata "takkanlah?"
Siang malam aku memikirkan kata-kata arwah atuk aku yang membawa cintanya kekal sampai saat aku memandikannya setelah bertemu dengan ilahi.
Kini aku mengerti.
Love is about understanding
Kalau cinta itu perlu diingatkan, perlu diucapkan setiap masa....
Tanya diri sendiri, betul ke kita cintakan orang itu?
Kalau seseorang itu pergi kerana kita jarang melafazkan cinta kita,
Mana pergi kepercayaannya terhadap kita?
Atuk aku ada berkongsi saat selepas perkahwinannya,
Ex-gfnya mengadu menangis nak bunuh diri ke apa entah....
Korang tau apa arwah opah aku buat?
Dia siap suruh pergi jumpa dan bagi duit teksi lagi...
Dia percaya suaminya, sebagai mana suaminya mempercayainya.
So teman2,
Tanya diri kita sampai ke mana anda nak bawa teman hidup anda?
Di manakah dia saat kamu berada di dalam alam seterusnya?
Atau mungkin sekadar teman untuk pergi shopping, dengar kita mengumpat, tengok wayang, bercumbu mesra...
FIKIRKAN
Semoga berjaya!!
No comments:
Post a Comment