Followers

Friday, September 23, 2011

Datangnya satu peristiwa....

Assalamualaikum W.B.T,

Kawan2 yang rajin membaca blog ini...

Hari ni saya nak bercerita suatu pengamatan yang saya buat dari dulu hingga sekarang...

Dalam hidup kita ni, banyak benda yang berlaku bukan?

Setiap benda yang berlaku itu kita akan labelkan, benda baik atau buruk bukan?

Begitu juga saya, sepanjang hidup ini telah saya kategorikan pelbagai peristiwa yang berlaku.

Tapi saya sedar itu silap...

Kenapa?

Saya masih belum buka minda luas-luas...

Bila difikirkan semula, apabila sesuatu itu berlaku....

Dia datang dengan keduanya sekali, iaitu baik dan buruk....

Anda mungkin akan mempersoalkan....kenapa pula saya berkata demikian?

Tak mungkin dalam suatu peristiwa yang buruk datangnya sesuatu yang baik, begitulah juga peristiwa yang baik.

Pernah baca novel The Pearl tak pasal seorang lelaki yang menjumpai sebutir mutiara hitam?

Kalau pernah, siapa yang berfikir mutiara hitam itu pembawa sial?

Siapa juga yang fikir mutiara itu rahmat?

Tetapi bagi sesiapa yang tidak pernah membaca tidak mengapa...

Novel itu hanya untuk memudahkan pemahaman sahaja...

Hidup ini kita akan sentiasa berharap sesuatu yang baik berlaku bukan?

Jarang sekali kita harap perkara buruk berlaku kat diri kita....

Berdasarkan pengamatan, hidup ini bersifat dua hala...

Kalau fahaman masyarakat Cina disebut Yin Yang, keseimbangan.

Iya, bila sesuatu benda buruk berlaku kita akan rasa kecundangan....

Bila sesuatu yang baik berlaku kita seronok...

Dapat anugerah, naik pangkat, rumah besar, teman lelaki hensem/baik...seronok kan?

Benda ni datang dengan 'pakej' lain yang kita terlepas pandang...

Mungkin kita rasa benda ni memberikan inspirasi kepada orang, mungkin?

Siapa kat sini boleh bagi 100% keyakinan yang semua orang akan seronok dengan hidup kita yang gembira ?

Ok, benda buruk?

Kereta rosak, orang tersayang kemalangan, gempa bumi, terlepas bas, duit hilang?

Saya tau, sukar bukan nak nampak benda yang baik?

Baiklah kawan, sekiranya berlakunya sesuatu perkara dalam hidup anda...

Sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan, tabahkan hati, kuatkan semangat.....

Hidup ini ujian tak kira baik atau buruk...

1 comment:

Anonymous said...

Betul tu!