Followers

Friday, September 2, 2011

Rock Jiwa Luka

           Kisah bermula apabila salah seorang daripada bekas ahli Lonely Heart’s Club iaitu Zami yang menceritakan perihal bekas HO2 (Head Of Organization), Rawky. Rawky merupakan pelajar tahun akhir fakulti kejuruteraan yang meminati bidang seni. 

Dia amat meminati kumpulan-kumpulan rock 80an seperti May, Search, Wings dan yang sewaktu dengannya. Di sebalik jiwa rock ‘kecintanannya’, dia merupakan seorang lelaki yang suka berfoya-foya dan mempermainkan perasaan wanita. Sudah banyak hati wanita yang dipermainkan olehnya. Namun, pada suatu hari dia betul-betul jatuh hati pada seorang wanita yang bernama Erni. Pelbagai usaha telah dilakukannya olehnya untuk menambat hati wanita tersebut itu tetapi akhirnya segala usahanya ternyata sia-sia walaupun dia sebenarnya menganggap dirinya sebagai ‘pakar cinta’. Kecewa dengan penolakan Erni, Rawky menjadi tertekan dan tumpuan pelajarannya mula menurun. 

Dia seolah-olah hendak menyatakan keseksaan yang dialaminya terhadap Erni namun akhirnya dia dapat merasakan bahawa perbuatannya itu tiada gunanya. Rawky kemudiannya sedar dan mendapat ilham untuk menubuhkan Lonely Heart’s Club. Tujuan penubuhan kelab rahsia ini adalah untuk membantu golongan-golongan yang senasib dengannya. Dia merasakan ilmu-ilmu percintaan yang dimilikinya itu tidak membawa apa-apa faedah jika tidak dikongsi dengan orang lain yang tiada pengalaman dalam percintaan dan selalu mengalami kekecewaan di samping dapat  memberik kekuatan kepada mereka untuk terus mencuba. Rawky mula merekrut ahli-ahli di sekitar kawasan fakulti dan kolejnya dengan mencari lelaki-lelaki bujang yang tidak mempunyai kekasih. 

Syarat-syarat yang ditetapkan untuk menjadi ahli Lonely Heart’s Club adalah pernah dikecewakan sekurang-kurangnya sekali, meminati lagu-lagu rock 80an sekurang-kurangnya satu lagu dan sebagainya. Syarat yang terakhir, sekiranya ahli didapati telah berpacaran maka status gugur taraf  akan diberikan dan majlis istimewa akan diadakan untuk menyambut kejayaan ahli tersebut. Rawky berjaya merekrut 31 orang ahli dan kelab ini juga mempunyai carta organisasi tersendiri malahan turut mencipta logo kelab. 

Mereka juga akan mengadakan mesyuarat bersama untuk membuat perbincangan mengenai  aktiviti-aktiviti kelab yang hendak diadakan. Kelab ini mempunyai keuntungan kerana terdapat beberapa ahli kelab yang merupakan  golongan berada yang boleh memberikan sumbangan kewangan. Antara aktiviti yang diadakan adalah kursus intensif ‘Ballroom Dance’ yang diadakan untuk membuat persediaan bagi menghadapi majlis tari-menari. Sepanjang penubuhan kelab ini, terdapat beberapa ahli yang telah mendapat status gugur taraf.

Akmal merupakan salah seorang daripada ahli yang telah gugur taraf dan kini dia sudah pun berkahwin. Semasa majlis perkahwinannya, Akmal telah menjemput ahli-ahli kelab untuk menghadiri majlis perkahwinannya. Suasana majlis perkahwinannya bertambah meriah dengan adanya gelanggang karaoke untuk mereka menyanyikan lagu-lagu rock 80an tambahan pula dengan sikap HO2 dan ahli yang ‘gila-gila’.

Memandangkan kelab ini dikatakan rahsia dan pendaftarannya tidak jelas, perhimpunan mereka pernah dianggap haram dan hal ini mengakibatkan Rawky serta ahli tertinggi kelab tersebut disumbat ke dalam lokap semalaman ketika membuat perjumpaan di Dataran Merdeka. Kelab ini juga pernah mengadakan konvoi beramai-ramai berkelah di Pantai Morib. Semasa membuat perjumpaan, pelbagai tips dan masalah yang berkaitan dengan percintaan akan dikongsi bersama dan aktiviti ini bertindak seperi mengadakan sesi kaunseling. 

Pada saat kegemilangan Lonely Heart’s Club, muncul satu kelab baru yang diketuai oleh The Prejudice iaitu kelab The Taken. Perbezaan antara kelab ini dengan Lonely Heart’s Club ialah ahli-ahlinya yang disertai oleh wanita yang telah pun berpunya dan kononnya merupakan golongan elit. Tujuan penubuhan The Taken Club bertentangan dengan Lonely Heart’s Club dan keadaan ini membuatkan mereka selalu berentap. Apabila LHC membuat Majlis Gugur Taraf, TTC akan membuat majlis berdekatan. 

Identiti The Prejudice sangat misteri dan hanya beberapa orang ahli sahaja yang tahu, tidak seperti HO2 yang popular dan dikenali ramai. Rawky dapat merasakan tentangan hebat daripada TTC, jadi dia ingin membuatkan kedua-dua kelab ini bersahabat. Maka, Rawky mengadakan satu majlis tari-menari dan menjemput ahli-ahli kelab The Taken untuk hadir. Pada awalnya, The Taken menerima jemputan itu dengan niat untuk mensabotaj majlis itu dengan membuat cerita bahawa LHC ingin mempengaruhi perjuangan mereka namun niat mereka itu dibatalkan kerana terpesona dengan layanan baik yang diberikan oleh ahli-ahli LHC. 

Walaubagaimanapun,Rawky mempunyai agendanya yang tersendiri. Dia ingin sekali bertemu dengan The Prejudice dan dia bertanya pada setiap ahli The Taken untuk mengetahui sama ada The Prejudice menghadirkan diri ke majlis tersebut atau tidak. Namun dia hampa apabila tiada seorang pun yang tahu sama ada The Prejudice hadir pada malam itu atau tidak. Rawky ingin mengajak The Prejudice untuk menari dengannya tetapi ternyata hasratnya itu tidak kesampaian. Akhirnya dia mengajak salah seorang wanita yang duduk di meja hujung yang sedang membaca sms. 

Wanita itu menerima pelawaannya tetapi Rawky tidak mengetahui bahawa wanita yang dipelawa olehnya itu adalah The Prejudic. Ahli-ahli The Taken Club yang mengenali The Prejudice ketawa kecil melihat ketua mereka sedang menari kerana The Prejudice mendapat nama berdasarkan sikapnya yang sangat prejudis terhadap lelaki. Peristiwa itu kemudiannya dijadikan bahan jenaka bagi mereka untuk mengusik The Prejudice. 

The Prejudice bersikap prejudis terhadap lelaki kerana dia juga merupakan salah seorang daripada mangsa yang pernah dipermainkan oleh Rawky suatu ketika dahulu. Jauh di sudut hati Lina yang dikenali sebagai The Prejudice itu masih lagi menyukai Rawky namun tidak ditunjuk perasaannya itu kerana dia sudah melatihkan diriya supaya bersikap prejudis terhadap lelaki. Majlis itu diakhiri dengan penganugerahan pasangan paling secocok dan Rawky dan Lina berjaya memenangi anugerah tersebut. 

Keesokan harinya........ ketika mesyuarat Kelab The Taken diadakan, The Prejudice diusik habis-habisan oleh ahli tertinggi kelab berkenaan peristiwa semalam. Lina masih mempertahankan keegoannya sebagai The Prejudice. Pada suatu hari, pihak universiti mengadakan sebuah kem bina diri. Secara kebetulan, banyak ahli LHC yang menyertai kem itu manakala ahli The Taken pula kebanyakannya menjadi fasilitator. Hal ini dalam diam dapat merapatkan hubungan antara kedua-dua kelab tersebut. Pelbagai rahsia kelab juga The Taken terbongkar dan antaranya adalah kebanyakan daripada ahli The Taken masih tidak berpunya tetapi mengaku sudah berpunya supaya dapat menyertai kelab itu. Salah seorang daripada ahli The Taken, Nadia mendapat surat cinta daripada ahli LHC iaitu Rosyam seorang jejaka yang berbadan gempal tetapi Nadia tidak memberitahu sesiapa kerana dikhuatiri akan dimarahi oleh The Prejudice jika status sebenarnya terbongkar.

Tambahan pula, Nadia merupakan sepupu Lina. Bagi Rosyam pula tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan kerana ahli LHC memberi sokongan penuh. Pada suatu hari Lina terjumpa akan semua surat Rosyam kepada Nadia, dia sangat marah kerana dia merasakan  telah dikhianati oleh Nadia dan melucutkan keahlian Nadia. Nadia berasa sangat sedih kerana dia sangat sayang akan Kelab The Taken yang telah banyak menceriakan hari-harinya. 

Dia menangis dan terus berjumpa Rosyam untuk menceritakan segalanya. Kebetulan pula Rawky ada di situ bersama ahli-ahli LHC yang lain memujuk Nadia. Nadia menceritakan segalanya dan barulah Rawky tahu bahawa Lina yang menari dengannya itu adalah  The Prejudice. Lalu Rawky bertekad untuk berjumpa dengan Lina untuk membela Nadia. 

Mereka berjumpa di sebuah kafetaria kolej dan Rawky menjelaskan keadaan Nadia. Lina sangat marah apabila melihat kehadiran Rawky, Rawky cuba menjelaskan dengan sebaik-baik mungkin namun Lina tidak mahu mendengar penjelasan tersebut  dan akhirnya berlaku pertengkaran sehingga kisah lama antara Lina dengan Rawky juga terbongkar. Lina menangis lalu meninggalkan kafetaria manakala Rawky pula terpinga-pinga kerana dia benar-benar tidak ingat akan Lina kerana penampilan Lina sudah berubah. 

Ahli The Taken yang lain terkejut dengan kisah yang terbongkar itu bahkan Rawky sendiri juga terkejut. Tiba-tiba Rawky berasa malu dengan dirinya sendiri, dirinya yang lama. Dia kembali ke hostel untuk memikirkan kejadian yang berlaku sebentar tadi. Dia sedih sehingga mengurungkan diri dalam bilik. Tiba-tiba Rawky mendapat panggilan daripada Erni, gadis idamannya dahulu. Mereka berborak-borak panjang sehingga Erni menceritakan bahawa Lina merupakan kawan baiknya, dan idea untuk menubuhkan Kelab The Taken juga merupakan ideanya sendiri malahan Erni juga menjadi dalang menyebabkan Nadia dilucutkan daripada keahlian. 

Rawky berasa tertipu kerana rupanya semuanya adalah rancangan orang kesayangannya sendiri. Dia bertambah tertekan lantas menamatkan perbualan. Seminggu lepas itu, Rawky mengumumkan bahawa dia ingin membubarkan LHC dan keputusan ini mengejutkan seluruh ahli kerana keputusan ini dibuat secara mendadak dan mereka tidak mengetahui perkara sebenar yang mengakibatkan LHC dibubarkan. Rosyam dan Nadia menerangkan kejadian yang berlaku antara Rawky dan Lina. 

Mereka agak terkilan dengan kisah lama Rawky tetapi mereka amat sayang akan HO2 mereka dan bertekad untuk menolong Rawky dengan mengadakan Majlis Gugur Taraf untuknya. Ahli-ahli LHC berpakat dengan ahli-ahli TTC untuk menyatukan Lina dengan Rawky. Rosyam masuk ke dalam bilik Rawky untuk mencari maklumat dan hasilnya Rosyam menjumpai CD rakaman lagu dan koleksi puisi di dalam bakul sampah yang tertulis nama Lina di dalamnya. 

Pelajar tahun akhir fakulti kejuruteraan mengadakan Malam Pra-Graduan, Rawky hadir dengan pasangannya dan Lina juga turut hadir dengan pasangannya. Tatkala mereka sedang menikmati juadah, Rosyam memasangkan CD rakaman yang dijumpai olehnya. Rawky pada mulanya menyangkakan lagu 80an tapi sudah terlambat apabila Rawky mula menyedari bahawa itu adalah suaranya. Mukanya merah padam dan bertambah malu apabila koleksi puisinya dibaca oleh ahli-ahli LHC yang turut hadir memeriahkan Malam Pra-Graduan itu. Lina mendengar setiap lagu dan puisi itu dengan teliti. 

Lina hampir-hampir menangis tapi dia terhenti apabila terlihat Erni melangkah masuk ke dalam dewan. Tiba-tiba lampu disuluh tepat di tempat Rawky berdiri. Suasana dalam dewan sunyi. Erni berjalan menuju ke tempat Lina dan menyuruh Lina memandang Rawky yang disuluh cahaya. Rosyam memberikan mikrofon kepada Rawky. Rawky terdiam seketika sambil memandang Erni, Erni memberi isyarat kepada Rawky lalu Rawky mengangguk. 

Rawky berucap dan mengakui kesilapannya dahulu terhadap semua wanita terutamanya Lina. Lina menjadi semakin sebak tapi Erni memberikan semangat kepada Lina. Rawky menunggu jawapan daripada Lina, kemudian Rosyam memberikan mikrofon kepada Erni. Tetamu yang hadir tertunggu-tunggu dan akhirnya Lina memberi jawapan yang dia masih menyintai Rawky. Rawky menarik nafas lega. Rosyam, Nadia dan Erni serta ahli-ahli LHC dan The Taken yang lain mengumumkan bahawa Rawky telah secara rasminya telah gugur taraf. 

Tetamu yang hadir kemudiannya bertepuk tangan meraikan pasangan baru ini. Rawky dan Lina kemudiannya mengumumkan bahawa LHC dan The Taken telah dibubarkan secara rasmi. 5 tahun selepas itu, kelihatan seorang pelajar yang kelihatan tidak bersemangat. Zami datang menghampirinya dan bertanyakan sesuatu kepadanya. Pelajar itu memperkenalkan dirinya sebagai Zul dan dia mengalami kekecewaan dalam percintaan. Dia bercadangkan untuk menubuhkan kelab untuk mengubati kelukaannya. Zami tersenyum dan memberikannya lencana yang tertulis, “LHC Never Dies”. Kemudian Zami pergi meninggalkan Zul bersama anak-anaknya.

P.S : To me, what's the most interesting about this story is the story behind this story. Thanks guys

1 comment:

Iki Ali said...

oh... my... god. old school tihs man! idea ni sangat golden! :D