Hye korunk...(gedik tak?)
Assalamualaikum teman2,
Anda semua masih ingat lagi akan kisah Si Z, wanita melayu moden zaman kini yang menyepi tiba-tiba dalam kisah hidupnya?
Si Z dahulunya dikatakan membawa diri yang luka lara selepas dikecewakan oleh Si A ke Thailand.
Khabarnya nak belajar seni gemersik suara, entah betul entah tidak.
Namun baru-baru ini hamba terserempak dengannya secara kebetulan...
Si Z ni tidak pernah sombong sebelum ni namun tindakannya untuk hidup menyepi tanpa cuba untuk menghubungi teman2 seperti sudah lali.
Yang terbaiknya, aku tidak berkata apa-apa namun kata-kata di mulut membuatkan telinga aku berdesing untuk tempoh yang agak lama.
Lebih hebat daripada saat aku ditampar senior kat sekolah dulu...
Dia dengan bangganya cakap aku yang sombong????!!!
Perghhh beb...mendalam seyh perkataan tuh.
Aku yang dok terhegeh-hegeh nak tanya khabar dia dulu, dia sesedap macam sate cakap aku yang sombong?
Teruk betul...Si Z ni bukan lagi anak dara manis yang aku kenal, semakin pandai bercakap tanpa memikir perasaan aku.
Sebenarnya aku tak peduli pun dia nak menyombong dengan aku, sebab aku sentiase pegang kepada prinsip
Manusia akan berubah, cume kita tidak tahu semakin baik or teruk...
Aku tulis post ni memang dah bagitau dia nak tulis sebab aku geram giler kot, nak sekeh pale dia kuat2 tak sampai pula jiwa tulus aku ni.
Lepas ni sesape yang nak menyombong dengan aku silakan, TETAPI jangan nak mengada cakap aku yang sombong. Aku serius terkilan....
1 comment:
ehemmmmmmmmmmmm...amboiiiiiiii...sudah lama tidak menyinggah di blog lelaki melayu terakhir ini...huhuhuhu
Post a Comment