Pagi mengulit sepi, cahaya suram kalimantangan tepat di atasku
Jam berdetik-detik, aku mendengarnya seperti itik
Aku menunggu saat, waktu di mana 54 tahun dahulu...
Negaraku yang tercinta ini bertungkus lumus berjuang membebaskan diri daripada pelukan raksasa penjajah..
Umurku belum genap suku abad lagipun, hanya mula bertapak di bumi bertuah ini pada saat umurnya 31 tahun.
Aku belajar tentang apa ertinya perjuangan itu, apa maksud pembebasan & mungkin apa maksud dibebaskan...
Aku laungkan kebanggaan.....MERDEKA!
Ku selami peristiwa pembunuhan residen British di Pasir Salak & mereka yang turut terkorban...
Sistem residen yang menjadi 'sumber pendapatan' penjajah...
Sekali lagi kulaungkan kebanggaan....MERDEKA!!
Kujulangkan tangan ke langit....pandanganku tiba-tiba terpaku ke arah jam tangan yang dipakai...
Jelas tertulis G-SHOCK,
Ku memandang ke bawah melihat kasutku, tertulis BALLY
Baju, NIKE, seluar DOCKERS...
Tersentak diriku sementara...
Kulaungkan MERDEKA memakai benda ini semua?
Perasaan malu menerjah ke jiwaku....
"Barangkali Birch masih hidup, dia tidak pernah mati...." bisik hatiku.
Iya, Birch masih hidup melalui pakaianku....dia masih 'menasihati' tentang pilihan yang terbaik untuk meneruskan hidup di negara yang sudah 54 kali dibilang MERDEKA.
Bergegas ingin ku tukarkan kepada pakaian rasmi kaumku, baju melayu...
Aku senyum...."akhirnya, dekat dengan asalku"
Namun, aku perasan tag EMMER ZEGNA...sekali lagi aku terdiam.
Sehingga sekarang mereka masih menunjukkan kepada kita tanpa kita sedar?
Kita bagaikan berperang di negara tercinta, semangat membara namun uniform yang dipakai uniform mereka?
Nak bawa kereta PROTON kita kata kereta itu tidak standard, nak beli barang buatan Malaysia kita kata "apa salahnya berbelanja lebih untuk kualiti..."
Apakah kelemahan negara kita tidak boleh dimaafkan?
Jika begitu sanggupkah kita melaungkan MERDEKA di negara jiran?
Aku malu dengan diriku....
Teman, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 54...
Pertahankan yang jelas, yang tersembunyi mari kita bersama tangani...!
5 comments:
semalam borak takde pulak nk cakap pasal bebas ke tak! apahal ni? hahha
p/s: merdeka broo! :D
giler Ily...kang sampai pukul 5 pagi susah Ily nnti...
abg la..dah bape kali cakap "oke ili..oke ili"..last2 sambung borak sampai pukul 3! ili layan je..takde hal pun.. hahahha
abg jugak yg disalahkan...
sorry la, org byk idea...otak unik n special. :)
kn? kn?
http://mofew.com.my/thesearch/?page_id=191
Post a Comment