Followers

Wednesday, August 3, 2011

ROMANTIK....mana kau?

Sudah hampir 5 hari 4 malam aku melabuhkan diri di tempat ilmuan, Puncak Perdana

Setelah sudah setahun meninggalkan tempat ini banyak sungguh yang berubah...

Aku melangkah ke bumi ini atas jemputan teman kecil a.k.a junior untuk sama-sama menyumbang tenaga di dalam filem pendek karya beliau...

Dikatakan karya itu inspirasi daripada pemerhatian karekteristik aku yang molek. :)

Dunia Puncak Perdana di mana aku kembali ke ruangan 'putus maya'...

Talian bimbit mempunyai sedikit masalah apa entah lagi sambungan internetnya yang diselimuti gelombang-gelombang bukit.

Sedikit terkenang akan daku zaman-zaman ketika bersama-sama menjadi ilmuan seperti mereka.

Di tempat inilah aku berjaya merangkul sijil diploma dan aku juga merancang untuk ke arah masa depan yang lebih berisi dengan menyambung semula ke peringkat yang lebih tinggi iaitu degree lebih kurang 7 bulan lagi dalam waktu sekarang.

Musim puasa menjelang kembali di sini, kelihatan pada petang harinya, ahli ilmuan semua bertempiaran mencari juadah berbuka masing-masing.

Ada yang berbuka dengan teman seangkatan dan ada juga yang bersama bibit mesra mereka berdua.

Oh...filem pendek temanku ini bertemakan ROMANTIK.

Satu tema yang tidak pernah asing dalam jiwa pejuang muda di institusi yang gemilang ini.

Namun tema itu seakan aku rasa asing bagi diriku...

Sudah aku lupa akan sifat romantikku yang telah lama ditunjal sana sini sehingga aku memilih untuk menyembunyikannya.

Aku lebih banyak berfikir ke arah masa depan yang gemilang, pembentukan karektor bersih dari kebencian dan dendam sehingga aku lupa sifat itu disembunyikan di ceruk mana...

Mungkinkah kata-kata manis mulutku sememangnya hanya kata-kata atau sifat dalaman yang senantiasa memberontak ke arah tuannya untuk dibebaskan?

Maaf wahai romantik, aku bukan sengaja tidak bagi engkau kembali bermaharajalela dalam diriku ini tapi aku khuatir dirimu akan dipermainkan semula...

Tidak sekali aku menyangka bahawa engkau penghalang kejayaanku sedangkan nyata sekali aku merinduimu...

"Tatkala bulan itu sunyi, bintanglah penemannya kerana sesuatu yang indah sesungguhnya pengubat duka lara"

Demi menjayakan projek temanku ini, aku menyeru kau untuk kembali sementara...

Marilah, bermaharajalelalah kau demi menggembirakan kaum yang sungguh menarik perhatianku...

ROMANTIK kaulah sumber HAWAku.

6 comments:

Doktor Love said...

oppsss....
Romantic Comedy yer...huhu
jgn lupa comedynya.
jadi ada la kelainan cket. haha.

Muhammad Danial Faris said...

jiwang.... lebih sesuai dengan..

mempersembahkan sebuah filem komedi "tacink' romantik

madmal said...

tu die.. leo.. sejak bile ko berkarya dalam bahasa melayu.. aku rasa ko dapat kuasai bahasa nie dengan mudah.. sedap dowh aku baca.. so smooth..

Unknown said...

cheh....dah aku mmg org Melayu

Kalau bahasa sendiri x reti tutur...

Buang saje la....

madmal said...

tapi siyes dowh. sedap.. aku tak kira la tatabahasa ko betul ke salah ke.. tp, ada pengisian dan mesej sampai.

Unknown said...

hak3

tq.

sekali sekala....klu xde org bace gak aku tampor sorg2 especially Jemi.

Hahahaah