Followers

Saturday, August 20, 2011

Watikah Untuk GF

Assalamualaikum GF,

Salam rinduku sampaikan kepadamu...

Yang jelita & indah menghiasi hidupku seharian...

Bahagia sungguh aku pabila bersamamu...

Kita bergelak senda tawa bersama tatkala aku bersedih kau tangisi bersamaku...

Watikah ini nukilan khas untukmu...

Ketahuilah wahai GFku...

Inginku nyatakan, dengan kejelitaanmu, walau setinggi gunung sedalam lautan cintaku kepadamu...

Selagi aku belum mampu menyarungkan cincin di jarimu saat ikatan sah...

Kau masih bukan milikku, ternyata menjadi hak teruna lain untuk menyunting dirimu jua sebagaimana aku cuba menyunting suatu ketika dahulu...

Kata-kataku jangan kau percaya sepenuhnya kerana selagi aku tidak bersedia untuk menyediakan cincin hikmah, aku belum bersedia untuk menunaikannya...

Apa yang layak antara aku dengan kau mungkin hanya sekadar cemburu semata-mata...

Aku juga bukan milikmu, ikatan yang ada antara kita hanya persahabatan namun disulami dengan perkataan 'GF-BF' yang sesungguhnya memutar belit hidup kau dan aku...

Aku melafazkan kau cinta yang satu dan aku cintamu yang satu, sehingga aku melarangmu untuk bergaul dengan mereka yang lain atas dasar 'aku menjagamu kerana kau milikan aku seorang'?

Aku tahu, kau jelita, kau menarik ramai jejaka...

Tapi perlukah aku menahan mereka atau soalan yang sebenar, patutkah aku menahan keinginan mereka?

Disaat tiada apa yang sah boleh membuktikan kau milikku?

T-shirt [I love my BF], [I love my GF] boleh aku gunakan?

Cincin keluli tahan karat tertulis namamu yang selalu aku sarungkan?

Aku selalu membawa kau bersiar menaiki moto berkuasa besar aku itu?

Cerita teman-teman rapat mengatakan bahawa kau GF aku?

Cukupkah itu untuk dijadikan bukti kau milikku sehingga aku patut menghalang mereka dengan perasaan marah?

Tapi baguskah untuk hanya membiarkan saat engkau mengadu kepadaku?

Tidak wahai sayangku, aku hanya perlu bersikap rasional...

Andai kata kau bertindak curang kepadaku, jujurnya aku akan rasa terluka...

Tapi aku terluka kerana perasaan aku sendiri bukan atas dasar hukum, sedangkan kau tidak jatuh hukum derhaka atau nusyuz walau berkali-kali cuba aku menghukummu...

Andai kata ada jejaka cuba untuk memikatmu, katakan kepada mereka untuk berjumpa, berkawan denganku...

Jangan sesekali mematikan niat mereka, kerana cinta itu suci cuma perbuatan kita berjuang di bawahnya itu yang diragui...

Aku tahu kerana begitulah perasaanku terhadapmu tatkala cuba untuk memikatmu dahulu, indah perasaannya...

Janganlah kau khuatir, watikah ini bukan tanda cintaku terhadapmu pudar atau aku sudah mempunyai yang lain...

Tetapi watikah ini untuk mengingatkan dirimu dan juga diriku untuk tidak bersedih atas apa yang mungkin berlaku...

Tiada tertulis di dahiku ini, tidak ditandatangani oleh tuhan yang aku ini milikanmu yang terbaik...

Aku hanya boleh berusaha sehingga ke saat aku berjaya menyarungkan cincin di jarimu beserta dengan akadnya...

Aku sayangkan kau, akan aku melindungimu dengan cara yang lebih baik...

Tetapi bukan dengan mengawal hidupmu...

Aku percayakan kau, lakukan yang sama sepertiku...

GF itu hanya rekaan dunia fantasi, GF hanya tanda calon bukan milikan...

Nantikan saat kuberikan, kuanugerah gelaran ISTERI kepadamu. InsyAllah.


9 comments:

Elie Lily said...

:)

Iyda Jame said...

nice~ suka post neh. :')
Tapi awat ang tag kt aku? haha

jemi ajerai87 said...

kan betu aku ckp Leo..post ko kali ni buat pompuan tersenyum..muahahah

Unknown said...

Ida : kene baca dan fahamkn betul mksud tersiratnye.

Ily : :)

Jemi : senyum sbb faham or senyum sbb lain?

Muhammad Danial Faris said...

jiwang

Unknown said...

Dann : tq

tieha ismail said...

awwwww...hahahah

tieha ismail said...

awwwwwww....heeeeee

Unknown said...

Tieha : terima kasih kerana menyinggah...