Followers

Tuesday, August 9, 2011

Senang ke jadi lelaki?

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Well guys, how are you? are you feeling great?

Okeh saya baru pulang dari Puncak Perdana, tempat menuntut dahulu...

Baru selesai mengikuti projek penggambaran teman2 muda di sana..

Banyak kenangan yang indah di sana, bekerjasama bersama...

(merupakan kali ketiga bekerjasama dengan mereka)

Tapi di sini saya bukan nak bercerita mengenai itu,

Saya nak bercerita berkenaan susahnya menjadi lelaki...

Hah? bagaimana itu?

Saya selalu berdepan dengan situasi di mana pihak mengatakan menjadi lelaki ini mudah..

Betul ke?

So saya membuat sedikit penyelidikan...

Saya terjumpa!

Seorang lelaki perlu menjaga 4 golongan wanita
1.Emak
2.Isteri
3.Akak/Adik Perempuan
4. Anak Perempuan

Tetapi seorang wanita dijaga oleh
1.Bapa
2.Suami
3.Abang/Adik Lelaki
4.Anak Lelaki

Lepas tu aku terfikir, aku...kena jaga oleh sape?

Ape yang membuat sesuatu itu mudah menjadi aku kan?

Lagi pula dalam satu ceramah aku dengar,

"Seorang lelaki tidak akan masuk syurga selagi isteri dan anaknya tidak masuk syurga..."

Tapi aku percaya, ramai yang akan berkata...

"Tahu pun kau tanggungjawab lelaki macam tuh tapi kebanyakan lelaki LUPA tanggungjawab..!!"

Tuh dia penekanan hebat....

Tahukah anda isu tanggungjawab lelaki ini selalu diperdebat apabila berlakunya kecurangan?

Lelaki sememang akan dipersalahkan kerana TIDAK menjaga hati wanita...

Auuhh...sakitnye bukan?

Tapi tahu tak sebenarnya kalau 2 orang wanita menyintai seorang lelaki..ADAnya penyelesaian bukan?

Ya

Belajar untuk tuluskan hati, menerima dan bawa kepada konsep perbincangan....

Wanita ini sangat bersikap milikan yang tinggi...perkataan KONGSI sangat haram bagi mereka.

Sehingga mereka rasakan anak mereka tidak sepenting itu...dahsyat bukan?

SUSAHnya jadi lelaki....nak tahu?

Sekiranya 2 lelaki menyintai seorang wanita....kami buat mesyuarat macam mana sekalipun, capai kata sepakat, sanggup hidup ikut giliran..

KAMI tidak akan dapat memiliki wanita itu...kesian kan jadi lelaki?

Bila perhubungan, siapa kat sini cakap lelaki tidak terluka atau lelaki tidak ada perasaan?

Lebih tepat, kami ini kejam? Wooo....

Kami kena kuat supaya wanita yakin kami boleh menjaganya,

Kami tidak boleh menangis kerana tangan kami hanya cukup untuk tangisan wanita sahaja,

Kami tidak boleh menjerit kesakitan supaya wanita tahu kesakitan itu boleh dikawal....

Senang kan jadi lelaki?

Nilai kami dengan betul, sekiranya tiada antara mereka seperti di atas...mereka belum menjadi lelaki sempurna, bantulah mereka jangan letakkan 100% kesalahan di atas mereka. Ringankan beban kami...

5 comments:

Muhammad Danial Faris said...

hebat...
lelaki menjaga 4 orang
and wanita dijaga oleh 4 orang.. part tu aku suka

Doktor Love said...

Putri Alya: Leo Edwin Lazzaro. Wahh cepatnya kau sambar awek. siap juling lagi. terdesak sangat ke?

hehehehe

Iki Ali said...

sebenarnya, jadi manusia secara amnya tak pernah senang.

madmal said...

well spoken...

Unknown said...

Dahsyatkan jadi lelaki ni?