Followers

Saturday, August 20, 2011

Ni ambo nak ceghita....

Tersebutlah kisah ketika waktu malam sebelum aku pulang dari mengembara di rantauan.

Angin yang bertiup sungguh dingin walhal badanku sarat dengan barang yang bisa menjadi penebat suatu makhluk mamalia berdarah panas.

Hatta berlakunya suatu perkara yang sungguh menyayat hati...

Aku menerima panggilan misteri daripada seseorang mengatakan terdapat seorang Sang Puteri terkurung di kamar mandi, pintunya dihalang kuasa ghaib hebat si Durjana Ahli Sihir.

Rasa sayu hati mendengar tangisan si Puteri, merengek-rengek ingin melepaskan diri.

Aku hanya pengembara yang tak punya ilmu yang tinggi, apa entah ingin menumpaskan kuasa sihir.

Dikatakan Sang Putera sedikit lewat kerana dah memang azali fi'ilnya begitu, kuda sakit kononnya.

Akulah merupakan tunjang utam harapan mereka ketika yang lain penuh kelam.

Aku berdiri di hadapan Pintu Puaka itu, membaca beberapa ayat yang terlintas di fikiran.

Kutiupkan ke tapak kakiku.....

"sssiiungg.....bannggg!!"

Kedengaran pintu menjerit kesakitan, luka jelas kelihatan....gegaran pintu memintaku untuk berhenti menyakitinya.

Oh, tiada kusangka hebat tamparan yang aku beri kepada Pintu Puaka itu.

Dayang-dayang Sang Puteri sibuk meminta bantuan Gergasi Hijau yang dipanggil Felo.

Tatkala itu aku yakin pintu itu akan kecundang di tanganku biar apa terjadi.

Sang Putera masih tak kunjung tiba, dipanggil Mamanda Istana khabarnya atau mungkin berkasih dengan dayang istana yang lain.

Aku memegang pintu dengan kuat dan bercakap dengan Puteri di dalam.

Aku dapat rasakan pintu itu semakin gentar, dan mengeluarkan pelbagai bunyi..

Aku berdoa dengan sepenuh hati lalu menekan pintu itu dengan kuat...

"vvooooomm" kedengaran pintu terbuka luas. Kepulan asap muncul dan hilang.

Sihir telah berjaya ditangkal. Si Puteri melonjak gembira walaupun Si Putera lembab.

Hakikat kejadian membuatkan aku terlepas Permaidani Terbang untuk pulang ke kampung halaman.

Sebagai tanda penghargaan, Puteri memerintahkan dayang-dayang untuk menemaniku untuk ketibaan permaidani yang seterusnya.

Beberapa minggu selepas itu aku mendapat surat dari Si Merpati belaanku mengatakan adik si Puteri juga dikurung oleh Durjana Sihir yang sama.

Apakan daya, permaindani terbang sekarang sudah dijual di Modani Carpet.

Aku hanya berdoa dari jauh menyampaikan bantuan....tersebutlah kisah, Puteri dan adiknya.

4 comments:

4umyfans said...

teman ada rasa dalam karya ni....
sungguh :P

Unknown said...

kt mana tuh? :P

Doktor Love said...

tragis betul kisah puteri ni. haha

Unknown said...

tragis giler...