Followers

Tuesday, August 9, 2011

Confession? Mungkin iya mungkin tidak

Assalamualaikum...

Apa khabar teman2?

Kome semua sihat?

Kembalinya aku semula di dalam blog yang sudah sekian lama tidak aktif...

Kalian yang masih setia disampaikan ucapan terima kasih kerana sentiasa memberi dorongan dan semangat.

Apakah agaknya yang akan aku ceritakan kali ini?

All right.

Aku hanya ingin membuat satu jenis pengakuan atau 'confession' dalam bahasa Inggerisnya.

Walaupun sebenarnya benda ini bukan confession mana pun...

Okeh...aku ada mengenali seorang remaja ini (mungkin iya mungkin tidak)

Jantinanya perempuan, merupakan seorang yang sangat comel (rasa macam nak lempang)

Agak lamalah juga aku mengenali dia ni, bak kata pepatah moden "Lebih lama daripada pembinaan 5 shopping complexes kat Malaysia ni"

-Purata jangka pembinaan lebih kurang 6 bulan satu shopping complex-

Terus terang aku cakap, aku memang suka dengan budak ini tapi aku tidak pernah berimpian untuk menjadikannya teman hidup atau mungkin ada cuma aku tahu benda itu adalah samar-samar.

Oh...nak tahu tak? Sememangnya aku sangat mengambil berat tentangnya, sekiranya dia sakit susah hati aku, sekiranya ada orang kacau dia rasa macam nak pukul saja orang itu.

Dengan semua orang aku ambil berat sebenarnya cuma kerana dia merupakan seorang wanita jadi darjahnya lebih tinggi, apabila melihat akan keadaan itu ramai mula bercerita sehingga aku mengkhuatiri diri ini sendiri.

Kalau korang nak tahu, aku merupakan seorang yang sangat berprinsip...aku mengutamakan prinsip daripada perasaan aku sendiri selalunya.

Jadi untuk mengelakkan perasaan aku melimpah ruah, aku 'tekan' perasaanku sehingga aku hampir lupa setiap perbuatan aku untuknya sebab aku yakin siapalah aku untuk diingati sedemikian rupa walaupun aku ikhlas!

Sukar juga aku menekan perasaan sendiri, perasaan itu tidak pernah hilang walaupun sedikit cuma mungkin aku berjaya membuat beberapa 'partition' di dalam hati aku yang hanya boleh diakses dengan 'password' (kata laluan)

Aku nak ucap terima kasih kat dia sebab dia buka semula naluri aku yang sentiasa memberontak...

Pengalaman yang lalu membuatkan aku semakin menguatkan sistem pertahanan jiwa ini, aku tidak membenci mahupun berdendam cuma aku semakin hilang minat...

Sungguhpun sebenarnya aku amat rindu dengan perasaan sebegitu, aku mementingkan masa depan yang gemilang yang perlu aku tempuh dan aku perlukan suatu karekteristik unggul dan tidak boleh 'ditembusi'

Pejuangan ingin aku tempuhi memerlukan aku menjadi seperti kereta kebal yang tanpa gentar merempuh halangan...

Tapikan bila aku melihatnya, sebagaimana aku cuba sembunyikan aku tahu aku sangat tak pandai tipu diri sendiri, tipu orang lain mungkin sedikit pakar...heheeh

Susahnya jadi lelaki apabila menyukai seorang wanita dan wanita itu sedang berpacaran?

Senangnya jadi wanita apabila menyukai seorang lelaki dan lelaki itu sedang berpacaran?

Betul kata kalian, ramai lagi rupawan di luar sana menunggu untuk disunting olehku...

Aku juga percaya dengan kebolehan diriku, sememangnya aku boleh mencari pengganti bila-bila masa yang aku mahu...

Aku juga ada beberapa 'senarai' yang memang agak sesuai namun hanya sekadar senarai....

Aku sentiasa menyukai wanita, tidak sesekali aku akan menukar seleraku...

Dia sememangnya membuatkan aku kembali hidup, dia membuat aku melihat wanita sehingga kelapisan ketiga...

Aku hanya senyum dan memerhatikan dari jauh, sekiranya dia memerlukan aku, akan aku bantu selagi termampu...

Aku tak meletakkan harapan kat dia dan juga diri sendiri...

Aku cuma bersyukur kerana aku masih gembira dan seronok.

I. L.ove Y.ou

:)



6 comments:

madmal said...

hohoho.. speechless..

Unknown said...

1st time ko speechless...

Gunekan kegeniusan ko....

madmal said...

tak mampoo nak guna sume tu tanpa ko di sisi.. cewah.. ;D

Unknown said...

xde mknenye...

dlm post ni ko dh bleh tahu jwpnnye...

Muhammad Danial Faris said...

Oh...nak tahu tak? Sememangnya aku sangat mengambil berat tentangnya, sekiranya dia sakit susah hati aku, sekiranya ada orang kacau dia rasa macam nak pukul saja orang itu.

GEBANG...
-.-"

Unknown said...

muahahaha...

itu perumpamaan la bro...

mana ada gebang...