Pagi mengulit sepi, cahaya suram kalimantangan tepat di atasku
Jam berdetik-detik, aku mendengarnya seperti itik
Aku menunggu saat, waktu di mana 54 tahun dahulu...
Negaraku yang tercinta ini bertungkus lumus berjuang membebaskan diri daripada pelukan raksasa penjajah..
Umurku belum genap suku abad lagipun, hanya mula bertapak di bumi bertuah ini pada saat umurnya 31 tahun.
Aku belajar tentang apa ertinya perjuangan itu, apa maksud pembebasan & mungkin apa maksud dibebaskan...
Aku laungkan kebanggaan.....MERDEKA!
Ku selami peristiwa pembunuhan residen British di Pasir Salak & mereka yang turut terkorban...
Sistem residen yang menjadi 'sumber pendapatan' penjajah...
Sekali lagi kulaungkan kebanggaan....MERDEKA!!
Kujulangkan tangan ke langit....pandanganku tiba-tiba terpaku ke arah jam tangan yang dipakai...
Jelas tertulis G-SHOCK,
Ku memandang ke bawah melihat kasutku, tertulis BALLY
Baju, NIKE, seluar DOCKERS...
Tersentak diriku sementara...
Kulaungkan MERDEKA memakai benda ini semua?
Perasaan malu menerjah ke jiwaku....
"Barangkali Birch masih hidup, dia tidak pernah mati...." bisik hatiku.
Iya, Birch masih hidup melalui pakaianku....dia masih 'menasihati' tentang pilihan yang terbaik untuk meneruskan hidup di negara yang sudah 54 kali dibilang MERDEKA.
Bergegas ingin ku tukarkan kepada pakaian rasmi kaumku, baju melayu...
Aku senyum...."akhirnya, dekat dengan asalku"
Namun, aku perasan tag EMMER ZEGNA...sekali lagi aku terdiam.
Sehingga sekarang mereka masih menunjukkan kepada kita tanpa kita sedar?
Kita bagaikan berperang di negara tercinta, semangat membara namun uniform yang dipakai uniform mereka?
Nak bawa kereta PROTON kita kata kereta itu tidak standard, nak beli barang buatan Malaysia kita kata "apa salahnya berbelanja lebih untuk kualiti..."
Apakah kelemahan negara kita tidak boleh dimaafkan?
Jika begitu sanggupkah kita melaungkan MERDEKA di negara jiran?
Aku malu dengan diriku....
Teman, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 54...
Pertahankan yang jelas, yang tersembunyi mari kita bersama tangani...!
I'm trying something towards the existing technology... I found that people are so fond on blogging since Tun Mahathir has involved in having one.. So.. I guess it's time for me to follow their steps!!
Followers
Wednesday, August 31, 2011
Monday, August 29, 2011
Alkisah Pondok Usang
Aku seorang perantau yang gigih mencari ilmu...
Sungguhpun pada hakikatnya, jauh di sudut hati perasan malas sedang bercucuk tanam...
Menaburkan benih pelbagai gred di jiwa kudus ini...
Tiada siapa pernah menjanjikan rantauan perjalanan ini mudah...
Perit, sakit, guris terluka...kau namakan saja.
Aku bersama perantau lain terus berusaha sehingga satu demi satu gugur di medan...
Ku mensyukuri nikmat yang diberikan tuhan sekalian alam...
Dia berikan aku kekuatan, kesihatan & lebih baik kebijaksanaan...
Menggunakan anugerahnya, aku asaskan Pondok Usang.
Di sinilah tempat aku mencurahkan segala pemberian tuhan kepada mereka yang memerlukan..
Aku tidak pernah memaksa, andai luhur hati untuk mendengar, persilalah...
Barisan penuntut yang pertama, ku lihat mukanya ungguh suci terselit perasaan segan...
Kumulakan dengan ramah bersenda gurau sehingga aku suntik cecair ilmu sebenar secara halus ke dalam pemikiran mereka...
Tuhan tidak turunkan ilmu kepada mereka yang tidak mampu menerimanya, sungguhpun aku hanya sebagai medium pengantara...
Andai izinnya bagi mereka terima, semadilah berkurun lamanya...
Alhamdulillah...ternyata mereka bukan orang sembarangan.
Mereka terima dan serap..aku senyum melihat mereka berjaya.
Pelbagai buku hikmat ditulis dengan dakwat emas, pemikiran hebat menuju kedewasaan..
Di Pondok Usang inilah, tempat aku, tempat mereka...segala senyum duka lara.
Andai aku merantau hilang, jangan mereka buat penghalang.

Saturday, August 27, 2011
Kisah Pergi & Balik
Alkisahnya diriku mengembara ke rantau...
Di bulan puasa ini, diriku dipanggil lagi...
Kali bertemankan pahlawan kacak, berkulit hitam manis...
Berasal dari Timur katanya...
Perawakan yang mantap dan tegap, jangan disangkal tentang akalnya pula...
Kali ni aku mengembara menaiki kuda istimewa dari Bumi Gadong yang dikenali dengan nama Lagenda.
Milik tuan pahlawan, kasih tanpa sempadan..
Kuda ini sungguh hebat kerana tuan pahlawan sentiasa memberinya minum cecair Patro
Hatta, bergeraklah halnya kami ke rantauan manusia...
Berderup laju kuda dipacu, dari sebuah negeri ke sebuah negeri...
Angin pun sungguh iri hati akan perihal kami berdua..
Terik mentari sentiasa cuba menggugat semangat gagah, semangat juang...
Namun kami anggap seperti ilusi..!! nyah kau!!
Tiba-tiba pahlawan menegur dari belakang, mengatakan terdapat sumber Patro yang tinggi
Dikesan menggunakan deria rasanya yang sangat sensitif...
Aku manusia tak tinggi ilmunya, lalu kuturutkan permintaannya..
Meskipun bisik hatiku...."Patro jadahmu"
Kami melalui sebuah portal ajaib di mana, secara misterinya Lagenda menjadi lemah seperti terkena panah beracun...
Lalu longlailah ia di tepi, menangis tak berlagu wahai si pahlawan...
Maka kami terpaksa mengheret si Lagenda yang tidak bernyawa....
Berjalan kami berbatu, kepenatan...sehingga bersua dengan penjaga Gajah yang peramah.
"Tuan hamba terkena sumpahan ke?"
Kami hanya mengangguk...bertanyakan di mana kami boleh menghidupkan semula kuda kesayangan pahlawan.
Katanya sumber itu sangat jauh berada di Iraq...menangis lagi pahlawan kacak.
Bagaimanapun dia memberikan bantuan Peluncur Hikmat, peluncur ini bersifat sementara dan perlu berhati-hati menggunakannya.
Pahlawan pintaku untuk mencarinya sementara dia menangis menemani Lagenda.
Dengan langkah berhati-hati aku menaiki Peluncur Hikmat...zuuupp aku tiba di Iraq.
Terdapat banyak sumber Patro di situ, kuambil sebanyak boleh lalu ku pulang semula....
Pahlawan tersenyum girang, kucucukkan Patro ke badan Lagenda...matanya menyala, berdehem-dehem..
Kami meneruskan perjalanan dan menyampaikan pemberian kasih kepada penjaga gajah yang prihatin.
Setibanya di rantauan, Pahlawan menyelesaikan hajatnya...bermalam beberapa hari sebelum berangkat pulang.
Tatkala pulang sekali lagi kami melalui portal yang sama, membuatkan Lagenda lembik semula...
Kadang-kadang aku fikirkan bahawa pahlawan sudah tua, maka kehebatan mengesannya semakin tidak berkesan...
Tapi kali kami di bantu oleh Tentera Minang, diangkutnya kami bertiga menaiki Gergasi Selatan yang kuat.
Hidup ini banyak pengalaman...setibanya di destinasi, kami berdua bertukar haluan.

Sunday, August 21, 2011
Aku Ditipu, Aku Tertipu
Dalam kesiangan hari, menempuh kehangatan mentari.
Sengatannya bagai menembusi permukaan parut di lenganku yang begitu jelas kelihatan.
Kepedihan terasa, bagai jarum mencucuk-cucuk.
Mungkin rasa dungu yang begitu pekat, aku memasang lagu indah.
Lagu cinta bak kata wanita comel molek yang memindahkannya ke kotak muzik moden zaman kini.
Aku yakin mak ayahku masih tidak berapa fasih untuk menyebutnya.
Ku hayati lirik lagu ini, aku tersenyum...
Pernah aku dengar lagu ini suatu ketika dahulu, bagaikan permainan sewaktu buaian perasaannya.
Lamunanku terhenti apabila lagu beralih kepada lagu seterusnya, sekali lagi aku menghayatinya..
Kelibat panas mentari bagaikan tak ditamu buatnya...
Tiba aku tersentak, seorang wanita cantik rupa parasnya lalu di hadapanku
Berbaju kebaya merah gelap berkasut tinggi sangat padan.
Aku senyum, dia sedar akan senyuman manisku...dia membalas.
Giginya yang tidak berapa tersusun membuatkan senyumannya nampak unik.
Pada saat itu, baru aku sedar...
Sudah lama aku hidup tidak berteman, lagu kudengar terus meresap ke jiwaku yang sepi.
Kupandang wanita itu, inginkah aku menjadikannya teman...
Lirik lagu terpapar di mataku bagaikan persembahan elektronik.
Baru aku sedar, aku ditipu dan hakikat yang lebih hebat, aku tertipu..
Lagu cinta membuatkan aku percaya hubungan kekasih itu sah, aku semakin rakus seperti pemimpin yang zalim.
Aku melakukan kekejaman tetapi atas dasar perjuangan yang palsu...
Aku bangun, genggam kotak muzik 'durjana' perlahan-lahan
Melangkah ke wanita itu, kuhulurkan kotak itu kepadanya...
"Awak suka lagu ini?"
Dia tersentak, kupasangkan lagu itu sedikit kuat...
Dia pandang ke mataku dengan lembut...ayu sungguh wajahnya.
"Janganlah kamu tertipu"
Aku senyum. Lagu itu kuperlahankan.
"Mari kita berkawan, jadi rapat dan kekal sampai ke suatu masa"
Kami bertukar senyuman dan berkenalan.

Saturday, August 20, 2011
Watikah Untuk GF
Assalamualaikum GF,
Salam rinduku sampaikan kepadamu...
Yang jelita & indah menghiasi hidupku seharian...
Bahagia sungguh aku pabila bersamamu...
Kita bergelak senda tawa bersama tatkala aku bersedih kau tangisi bersamaku...
Watikah ini nukilan khas untukmu...
Ketahuilah wahai GFku...
Inginku nyatakan, dengan kejelitaanmu, walau setinggi gunung sedalam lautan cintaku kepadamu...
Selagi aku belum mampu menyarungkan cincin di jarimu saat ikatan sah...
Kau masih bukan milikku, ternyata menjadi hak teruna lain untuk menyunting dirimu jua sebagaimana aku cuba menyunting suatu ketika dahulu...
Kata-kataku jangan kau percaya sepenuhnya kerana selagi aku tidak bersedia untuk menyediakan cincin hikmah, aku belum bersedia untuk menunaikannya...
Apa yang layak antara aku dengan kau mungkin hanya sekadar cemburu semata-mata...
Aku juga bukan milikmu, ikatan yang ada antara kita hanya persahabatan namun disulami dengan perkataan 'GF-BF' yang sesungguhnya memutar belit hidup kau dan aku...
Aku melafazkan kau cinta yang satu dan aku cintamu yang satu, sehingga aku melarangmu untuk bergaul dengan mereka yang lain atas dasar 'aku menjagamu kerana kau milikan aku seorang'?
Aku tahu, kau jelita, kau menarik ramai jejaka...
Tapi perlukah aku menahan mereka atau soalan yang sebenar, patutkah aku menahan keinginan mereka?
Disaat tiada apa yang sah boleh membuktikan kau milikku?
T-shirt [I love my BF], [I love my GF] boleh aku gunakan?
Cincin keluli tahan karat tertulis namamu yang selalu aku sarungkan?
Aku selalu membawa kau bersiar menaiki moto berkuasa besar aku itu?
Cerita teman-teman rapat mengatakan bahawa kau GF aku?
Cukupkah itu untuk dijadikan bukti kau milikku sehingga aku patut menghalang mereka dengan perasaan marah?
Tapi baguskah untuk hanya membiarkan saat engkau mengadu kepadaku?
Tidak wahai sayangku, aku hanya perlu bersikap rasional...
Andai kata kau bertindak curang kepadaku, jujurnya aku akan rasa terluka...
Tapi aku terluka kerana perasaan aku sendiri bukan atas dasar hukum, sedangkan kau tidak jatuh hukum derhaka atau nusyuz walau berkali-kali cuba aku menghukummu...
Andai kata ada jejaka cuba untuk memikatmu, katakan kepada mereka untuk berjumpa, berkawan denganku...
Jangan sesekali mematikan niat mereka, kerana cinta itu suci cuma perbuatan kita berjuang di bawahnya itu yang diragui...
Aku tahu kerana begitulah perasaanku terhadapmu tatkala cuba untuk memikatmu dahulu, indah perasaannya...
Janganlah kau khuatir, watikah ini bukan tanda cintaku terhadapmu pudar atau aku sudah mempunyai yang lain...
Tetapi watikah ini untuk mengingatkan dirimu dan juga diriku untuk tidak bersedih atas apa yang mungkin berlaku...
Tiada tertulis di dahiku ini, tidak ditandatangani oleh tuhan yang aku ini milikanmu yang terbaik...
Aku hanya boleh berusaha sehingga ke saat aku berjaya menyarungkan cincin di jarimu beserta dengan akadnya...
Aku sayangkan kau, akan aku melindungimu dengan cara yang lebih baik...
Tetapi bukan dengan mengawal hidupmu...
Aku percayakan kau, lakukan yang sama sepertiku...
GF itu hanya rekaan dunia fantasi, GF hanya tanda calon bukan milikan...
Nantikan saat kuberikan, kuanugerah gelaran ISTERI kepadamu. InsyAllah.

Ni ambo nak ceghita....
Tersebutlah kisah ketika waktu malam sebelum aku pulang dari mengembara di rantauan.
Angin yang bertiup sungguh dingin walhal badanku sarat dengan barang yang bisa menjadi penebat suatu makhluk mamalia berdarah panas.
Hatta berlakunya suatu perkara yang sungguh menyayat hati...
Aku menerima panggilan misteri daripada seseorang mengatakan terdapat seorang Sang Puteri terkurung di kamar mandi, pintunya dihalang kuasa ghaib hebat si Durjana Ahli Sihir.
Rasa sayu hati mendengar tangisan si Puteri, merengek-rengek ingin melepaskan diri.
Aku hanya pengembara yang tak punya ilmu yang tinggi, apa entah ingin menumpaskan kuasa sihir.
Dikatakan Sang Putera sedikit lewat kerana dah memang azali fi'ilnya begitu, kuda sakit kononnya.
Akulah merupakan tunjang utam harapan mereka ketika yang lain penuh kelam.
Aku berdiri di hadapan Pintu Puaka itu, membaca beberapa ayat yang terlintas di fikiran.
Kutiupkan ke tapak kakiku.....
"sssiiungg.....bannggg!!"
Kedengaran pintu menjerit kesakitan, luka jelas kelihatan....gegaran pintu memintaku untuk berhenti menyakitinya.
Oh, tiada kusangka hebat tamparan yang aku beri kepada Pintu Puaka itu.
Dayang-dayang Sang Puteri sibuk meminta bantuan Gergasi Hijau yang dipanggil Felo.
Tatkala itu aku yakin pintu itu akan kecundang di tanganku biar apa terjadi.
Sang Putera masih tak kunjung tiba, dipanggil Mamanda Istana khabarnya atau mungkin berkasih dengan dayang istana yang lain.
Aku memegang pintu dengan kuat dan bercakap dengan Puteri di dalam.
Aku dapat rasakan pintu itu semakin gentar, dan mengeluarkan pelbagai bunyi..
Aku berdoa dengan sepenuh hati lalu menekan pintu itu dengan kuat...
"vvooooomm" kedengaran pintu terbuka luas. Kepulan asap muncul dan hilang.
Sihir telah berjaya ditangkal. Si Puteri melonjak gembira walaupun Si Putera lembab.
Hakikat kejadian membuatkan aku terlepas Permaidani Terbang untuk pulang ke kampung halaman.
Sebagai tanda penghargaan, Puteri memerintahkan dayang-dayang untuk menemaniku untuk ketibaan permaidani yang seterusnya.
Beberapa minggu selepas itu aku mendapat surat dari Si Merpati belaanku mengatakan adik si Puteri juga dikurung oleh Durjana Sihir yang sama.
Apakan daya, permaindani terbang sekarang sudah dijual di Modani Carpet.
Aku hanya berdoa dari jauh menyampaikan bantuan....tersebutlah kisah, Puteri dan adiknya.

Wednesday, August 10, 2011
Wanita
Okeh kawan2...
Hari ni aku nak kongsi sumtin tentang wanita...
Spjng hidup aku aku byk memerhatikan mereka ni...mereka lah salah satu yg boleh menarik perhatian ku selain brg2 teknologi.
Aku telah membuat sedikit kajian and aku bahagikan wanita ni kpd 4 kategori.
1. tak cantik & x menawan
2. cantik tapi x menawan
3. menawan tapi x cantik
4. cantik dan menawan
Kategori yg pertama ni bunyinye mcm kejam sikit la kan tp ini utk educational purpose ok?
x berniat nk singgung sesape...
1. Wanita golongan pertama ni, orang lelaki x 'nampak' or 'perasan' pun kehadirannye...
dan mereka byk menyalahkan keadaan atau lelaki itu sendri.
2. Yg kedua ni, lelaki akan pndang sekali admire...tp x lekat dlm hati dlm jangke mase yg lame.
3. Wanita ni klu tgk betul2 mmg x cantik, tapi lelaki suke tgk dier
4. Yg keempat ni special, klu ade lelaki yg terserempak...selagi boleh nmpak dier lelaki x lepaskn peluang utk melihatnye. Kdg2 mengigau sampai bwk tidow.
Tell u what.....lelaki lebih suke golongan 2 n 4.
Tp most of them end up dgn no 3...
No. 2 bleh 'upgrade' jd no 4, tp no. 3 x bleh...sbb hukumnye haram. ;)
No. 1? Boleh 'upgrade' jd no. 3...
Tiada wanita akan terus berada di kategori no.1 melainkan mereka ini betul2 pemalas ar...
The key point kt sini....girls, jgn terkejar2 nk jd no 4.
No. 4 ni snbrnye ALMOST a myth la...tp klu ade yg terjumpe, tahniah. Tuhan dh bg peluang kt u all utk tgk ciptaan dier yg hebat.
SEMUA pompuan ade magnet power utk menarik lelaki (bukan susuk ye kawan2)
MENAWAN ini boleh dibina dgn APE yg terbaik ade kt diri u all...
Fokuskn kt situ jek...
u will see a difference after that....
Relationship adalah untuk melengkapkan ape yg kite xde...
More to COMPANION (teman) and not POSSESSION (milikan)
Orang yg kite sayang bukanlah barang milikan, barang boleh rosak, dicuri..
Tapi teman kekal dgn kite biar pun dgn sape dier pergi...kite pun kurang saket hati.
Jd senyumlah...dan kurangkan diri itu drpd menyalahkan keadaan or org.
Sampaikan kpd teman2 utk renungan ok? bukan utk cari gaduh....:)
Come To Me
Comfortness to me you seek
Hugs to you I give
I feel your warmness
That I long everyday
I give hugs to comfort you
And your warmness conforts me
Sadness to me you share
Joy to you I give
I sense your sadness
And I know it's difficult
I give joy to cure you
And your sadness stay within me
Smile to me you show
Kiss to you I give
Your smile shines brightly
Through my darkest day
I kiss you
And the light shines on me
Hate to me you feel
Love to you I give
Your hatred will never work on me
But it still cost me
I give you my love
Cause I couldn't afford the cost of hatred.
Dear,
The world might prepare something for us
I may not afford it
But I prepare these 5 words for you
-I'll be there for you-
-1 of my latest creation-
Tuesday, August 9, 2011
Confession? Mungkin iya mungkin tidak
Assalamualaikum...
Apa khabar teman2?
Kome semua sihat?
Kembalinya aku semula di dalam blog yang sudah sekian lama tidak aktif...
Kalian yang masih setia disampaikan ucapan terima kasih kerana sentiasa memberi dorongan dan semangat.
Apakah agaknya yang akan aku ceritakan kali ini?
All right.
Aku hanya ingin membuat satu jenis pengakuan atau 'confession' dalam bahasa Inggerisnya.
Walaupun sebenarnya benda ini bukan confession mana pun...
Okeh...aku ada mengenali seorang remaja ini (mungkin iya mungkin tidak)
Jantinanya perempuan, merupakan seorang yang sangat comel (rasa macam nak lempang)
Agak lamalah juga aku mengenali dia ni, bak kata pepatah moden "Lebih lama daripada pembinaan 5 shopping complexes kat Malaysia ni"
-Purata jangka pembinaan lebih kurang 6 bulan satu shopping complex-
Terus terang aku cakap, aku memang suka dengan budak ini tapi aku tidak pernah berimpian untuk menjadikannya teman hidup atau mungkin ada cuma aku tahu benda itu adalah samar-samar.
Oh...nak tahu tak? Sememangnya aku sangat mengambil berat tentangnya, sekiranya dia sakit susah hati aku, sekiranya ada orang kacau dia rasa macam nak pukul saja orang itu.
Dengan semua orang aku ambil berat sebenarnya cuma kerana dia merupakan seorang wanita jadi darjahnya lebih tinggi, apabila melihat akan keadaan itu ramai mula bercerita sehingga aku mengkhuatiri diri ini sendiri.
Kalau korang nak tahu, aku merupakan seorang yang sangat berprinsip...aku mengutamakan prinsip daripada perasaan aku sendiri selalunya.
Jadi untuk mengelakkan perasaan aku melimpah ruah, aku 'tekan' perasaanku sehingga aku hampir lupa setiap perbuatan aku untuknya sebab aku yakin siapalah aku untuk diingati sedemikian rupa walaupun aku ikhlas!
Sukar juga aku menekan perasaan sendiri, perasaan itu tidak pernah hilang walaupun sedikit cuma mungkin aku berjaya membuat beberapa 'partition' di dalam hati aku yang hanya boleh diakses dengan 'password' (kata laluan)
Aku nak ucap terima kasih kat dia sebab dia buka semula naluri aku yang sentiasa memberontak...
Pengalaman yang lalu membuatkan aku semakin menguatkan sistem pertahanan jiwa ini, aku tidak membenci mahupun berdendam cuma aku semakin hilang minat...
Sungguhpun sebenarnya aku amat rindu dengan perasaan sebegitu, aku mementingkan masa depan yang gemilang yang perlu aku tempuh dan aku perlukan suatu karekteristik unggul dan tidak boleh 'ditembusi'
Pejuangan ingin aku tempuhi memerlukan aku menjadi seperti kereta kebal yang tanpa gentar merempuh halangan...
Tapikan bila aku melihatnya, sebagaimana aku cuba sembunyikan aku tahu aku sangat tak pandai tipu diri sendiri, tipu orang lain mungkin sedikit pakar...heheeh
Susahnya jadi lelaki apabila menyukai seorang wanita dan wanita itu sedang berpacaran?
Senangnya jadi wanita apabila menyukai seorang lelaki dan lelaki itu sedang berpacaran?
Betul kata kalian, ramai lagi rupawan di luar sana menunggu untuk disunting olehku...
Aku juga percaya dengan kebolehan diriku, sememangnya aku boleh mencari pengganti bila-bila masa yang aku mahu...
Aku juga ada beberapa 'senarai' yang memang agak sesuai namun hanya sekadar senarai....
Aku sentiasa menyukai wanita, tidak sesekali aku akan menukar seleraku...
Dia sememangnya membuatkan aku kembali hidup, dia membuat aku melihat wanita sehingga kelapisan ketiga...
Aku hanya senyum dan memerhatikan dari jauh, sekiranya dia memerlukan aku, akan aku bantu selagi termampu...
Aku tak meletakkan harapan kat dia dan juga diri sendiri...
Aku cuma bersyukur kerana aku masih gembira dan seronok.
I. L.ove Y.ou
:)

Senang ke jadi lelaki?
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,
Well guys, how are you? are you feeling great?
Okeh saya baru pulang dari Puncak Perdana, tempat menuntut dahulu...
Baru selesai mengikuti projek penggambaran teman2 muda di sana..
Banyak kenangan yang indah di sana, bekerjasama bersama...
(merupakan kali ketiga bekerjasama dengan mereka)
Tapi di sini saya bukan nak bercerita mengenai itu,
Saya nak bercerita berkenaan susahnya menjadi lelaki...
Hah? bagaimana itu?
Saya selalu berdepan dengan situasi di mana pihak mengatakan menjadi lelaki ini mudah..
Betul ke?
So saya membuat sedikit penyelidikan...
Saya terjumpa!
Seorang lelaki perlu menjaga 4 golongan wanita
1.Emak
2.Isteri
3.Akak/Adik Perempuan
4. Anak Perempuan
Tetapi seorang wanita dijaga oleh
1.Bapa
2.Suami
3.Abang/Adik Lelaki
4.Anak Lelaki
Lepas tu aku terfikir, aku...kena jaga oleh sape?
Ape yang membuat sesuatu itu mudah menjadi aku kan?
Lagi pula dalam satu ceramah aku dengar,
"Seorang lelaki tidak akan masuk syurga selagi isteri dan anaknya tidak masuk syurga..."
Tapi aku percaya, ramai yang akan berkata...
"Tahu pun kau tanggungjawab lelaki macam tuh tapi kebanyakan lelaki LUPA tanggungjawab..!!"
Tuh dia penekanan hebat....
Tahukah anda isu tanggungjawab lelaki ini selalu diperdebat apabila berlakunya kecurangan?
Lelaki sememang akan dipersalahkan kerana TIDAK menjaga hati wanita...
Auuhh...sakitnye bukan?
Tapi tahu tak sebenarnya kalau 2 orang wanita menyintai seorang lelaki..ADAnya penyelesaian bukan?
Ya
Belajar untuk tuluskan hati, menerima dan bawa kepada konsep perbincangan....
Wanita ini sangat bersikap milikan yang tinggi...perkataan KONGSI sangat haram bagi mereka.
Sehingga mereka rasakan anak mereka tidak sepenting itu...dahsyat bukan?
SUSAHnya jadi lelaki....nak tahu?
Sekiranya 2 lelaki menyintai seorang wanita....kami buat mesyuarat macam mana sekalipun, capai kata sepakat, sanggup hidup ikut giliran..
KAMI tidak akan dapat memiliki wanita itu...kesian kan jadi lelaki?
Bila perhubungan, siapa kat sini cakap lelaki tidak terluka atau lelaki tidak ada perasaan?
Lebih tepat, kami ini kejam? Wooo....
Kami kena kuat supaya wanita yakin kami boleh menjaganya,
Kami tidak boleh menangis kerana tangan kami hanya cukup untuk tangisan wanita sahaja,
Kami tidak boleh menjerit kesakitan supaya wanita tahu kesakitan itu boleh dikawal....
Senang kan jadi lelaki?
Nilai kami dengan betul, sekiranya tiada antara mereka seperti di atas...mereka belum menjadi lelaki sempurna, bantulah mereka jangan letakkan 100% kesalahan di atas mereka. Ringankan beban kami...

Friday, August 5, 2011
Popular bukan nama tengahku.....
Dalam kesuraman petang ini, kumeninjau di balik tingkap Pangsapuri Puncak Perdana ni beb
Sunyi sepi jek memanjang, suasana kolej bertukar menjadi seperti tidak bermaya.
Dalam gelak ketawa yg semakin menghilang, aku dapat merasakan mereka semakin serius belajar.
Namun nilai murni semakin pudar di mana antara mereka sudah semakin tidak mengenali, sikap hentam-menghentam semakin menjadi dengan kehadiran teknologi, senyum merupakan sesuatu yang terpaksa...
YA
Benar jika katamu mereka semakin terdorong ke arah pembelajaran, aku setuju...namun mereka masih tidak tahu akan arah tuju mereka sebenarnya.
Kapasiti mereka semakin diperkecil oleh diri sendiri, mereka semakin meletakkan gred dan kedudukan dalam diri masing-masing...sedangkan mereka adalah lebih.
Jika katamu aku hanya tahu mengkritik, tetapi kalian perlu jelas yang hanya aku mahukan hanya dirimu..
Bukan populariti semata-mata, kerana itu bukan namaku, bukan juga nama tengahku..
Sayang sekali kritikan lebih menguasai sokongan di bumi yang dinaungkan kreatif dan inovatif ini.
Apakah itu teman?
Apakah itu yang dimahukan atau diperlukan?
Ada yang mengatakan seni itu eksploitasi, ekploitasi itu adalah satu bentuk seni...
Jadi di kelompok manakah kita berada?
Fikirkanlah....

Wednesday, August 3, 2011
ROMANTIK....mana kau?
Sudah hampir 5 hari 4 malam aku melabuhkan diri di tempat ilmuan, Puncak Perdana
Setelah sudah setahun meninggalkan tempat ini banyak sungguh yang berubah...
Aku melangkah ke bumi ini atas jemputan teman kecil a.k.a junior untuk sama-sama menyumbang tenaga di dalam filem pendek karya beliau...
Dikatakan karya itu inspirasi daripada pemerhatian karekteristik aku yang molek. :)
Dunia Puncak Perdana di mana aku kembali ke ruangan 'putus maya'...
Talian bimbit mempunyai sedikit masalah apa entah lagi sambungan internetnya yang diselimuti gelombang-gelombang bukit.
Sedikit terkenang akan daku zaman-zaman ketika bersama-sama menjadi ilmuan seperti mereka.
Di tempat inilah aku berjaya merangkul sijil diploma dan aku juga merancang untuk ke arah masa depan yang lebih berisi dengan menyambung semula ke peringkat yang lebih tinggi iaitu degree lebih kurang 7 bulan lagi dalam waktu sekarang.
Musim puasa menjelang kembali di sini, kelihatan pada petang harinya, ahli ilmuan semua bertempiaran mencari juadah berbuka masing-masing.
Ada yang berbuka dengan teman seangkatan dan ada juga yang bersama bibit mesra mereka berdua.
Oh...filem pendek temanku ini bertemakan ROMANTIK.
Satu tema yang tidak pernah asing dalam jiwa pejuang muda di institusi yang gemilang ini.
Namun tema itu seakan aku rasa asing bagi diriku...
Sudah aku lupa akan sifat romantikku yang telah lama ditunjal sana sini sehingga aku memilih untuk menyembunyikannya.
Aku lebih banyak berfikir ke arah masa depan yang gemilang, pembentukan karektor bersih dari kebencian dan dendam sehingga aku lupa sifat itu disembunyikan di ceruk mana...
Mungkinkah kata-kata manis mulutku sememangnya hanya kata-kata atau sifat dalaman yang senantiasa memberontak ke arah tuannya untuk dibebaskan?
Maaf wahai romantik, aku bukan sengaja tidak bagi engkau kembali bermaharajalela dalam diriku ini tapi aku khuatir dirimu akan dipermainkan semula...
Tidak sekali aku menyangka bahawa engkau penghalang kejayaanku sedangkan nyata sekali aku merinduimu...
"Tatkala bulan itu sunyi, bintanglah penemannya kerana sesuatu yang indah sesungguhnya pengubat duka lara"
Demi menjayakan projek temanku ini, aku menyeru kau untuk kembali sementara...
Marilah, bermaharajalelalah kau demi menggembirakan kaum yang sungguh menarik perhatianku...
ROMANTIK kaulah sumber HAWAku.

Subscribe to:
Posts (Atom)