Followers

Monday, March 29, 2010

Trophy 3310

Pada 3 Mac 2010 yang lalu..

Perasaanku mempunyai pelbagai spekulasi...seperti banyak perkara yang perlu aku selesaikan dalam waktu itu..

Mr. A mempunyai masalah dengan keretanya...huhuhu.

Aku pula bercadang nak mengambil hp aku, pegi Jusco Bukit Raja, amik seluar jeans aku yangdah lame kt kedai tailor tuh, nak pegi syarikat Sutera Maya Resource nak amik paper The Cook and aku nak jumpe dengan Shayna Adrena. Aku rindu dengan dier sesangat mase tuh..

Aku kene settlekn semua tuh sebelum pukul 8 sbb aku ade klas En. Wira.

Aku berfikir berkali2 untuk memakai jaket Honda aku yang berwarna biru da glove atau tidak..

Memikirkan aku akan balik sebelum pukul 8, jd aku menjangkakan tidak perlu untuk memakai itu semua.

Aku juga bertanyakan kpd Mr. A berkali2 sama ade beliau ingin mengikut aku untuk menghantar bateri keretanya tapi dier x nak..

So, bersama dengan Belang 150 kesayangan aku, aku pn meneruskan perjalanan hidup...

Masa ajak aku race, so aku pun mencuba sedaya upaya untuk melawannya...

Tapi apabila sampai ke kawasan Kayangan Heights dengan kelajuan cume 80km/j - 95km/j

Handle Belang mengalami kekegegaran maksimum...

aku memikirkan dalam keadaan itu, sama ada aku cuba untuk berhenti atau meneruskan..aku akan tetap kecundang..

Jd, aku pun break...

Visual yang aku ingat ialah helmet full face aku menghentam side mirror kiri dengan kuat dan patah serta merta.

Aku pula dibayangkan terbang lalu terseret di atas jalan buatan manusia itu..

Aku landing tangan kanan dahulu membuatkan aku memiliki luka seperti ini.


Badanku turut berpusing menyeret tangan kiriku sepenuhnya
















Belakang badan aku pun turut terseret namun nasib baik aku sedang menggalas beg dan hasilnye beg itu hancur!!

Apabila berada di tengah2 line jalan, aku memandang sebelah kiriku terdapat lori pasir dan kananku banyak kereta.

Aku ingin bangkit untuk melihat keadaan Belang namun aku x boleh bangun. Kesakitan yang aku rasai cume luke2 dan tiada bahangian yang patah. Syukur!

Terdapat seorang lelaki Cina menanyakan kepada aku ketika itu..

"Boss, lu boleh bangun ka?"

Aku membuka helmet dan mengangkat tangan dan berkata "sekarang belum boleh lagi, sikit jam boleh ar!"

Dia pun menahan beberapa kereta untuk membantu memindahkan aku di tepi jalan. Aku hanya berfikir mana barang2 aku seperti gelang Zoisite yang mak aku bagi, motor Belang dan juga seluar jeans dan baju yang aku suke..

Orang ramai bising2 memikirkan macam mana nak hantar aku...

Aku tibe2 terfikir siapalah yang nak hantar aku ni, susah2 bangunkan aku aku jalan sendiri ke moto dan bawak pegi Pusat Kesihatan Puncak Perdana ke hospital ke..

Tibe2 aku terdengar ade suara memanggil aku, aku pelik sape plak yang kenal aku dalam ramai2 ni...

Rupe2nye si J...aduih

Kalau boleh aku nk dier antara orang terakhir yang tau...dier nak kuar dengan Idham mase tuh tibe2 nmpk moto aku tanpa penunggang.

Maka dipendekkan cerita, Idham dengan dier la yang menghantar aku ke Hospital Sg. Buloh, hospital terbaik kat Malaysia!!

Dari pukul 4 petang macam tuh sampai pukul 8-9, si J berada di hospital untuk memastikan keadaan aku ok...

Aku kesian dengan dier, dier dh la x makan lg mase tuh...aku mule2 ingat dier dah balik mase pukul 6 tapi tup2 pukul 8 dier masuk tanya aku keadaan aku..

Perasaan aku mase tuh?

Aku sedih kerana aku dah menyusahkan dier...ramai dah cakap aku ni suke menyusahkan orang so, takkan aku nak tambah lagi bilangannye kn?

Tapi disebabkan hospital ini adalah yang terbaik di Malaysia, aku keluar pada pukul 10 kerana rawatan mereka yang sungguh efisien dengan kakitangan yang 'ramah'

Tapi apabila aku keluar, dalam banyak2 perkara yang aku nak settlekan hari tuh..

Allah bagi aku settlekan yang satu ni jek dan cukup untuk menghilangkan kesakitan aku..

Aku dapat jumpe SHAYNA ADRENA yang sangat aku rindu...


5 comments:

miRa said...

wawawawa! sakitnyer!! xleh byg keadaan time 2 cmne.. huhu

jemi ajerai87 said...

Leo sengal ne ade nyusahkan..kalu mnyusahkan n, ko bukan org pertama yg menyusahkan aku dlm hidup ni weh!!!ngah tunggu ko sembuh sepenuhnya nih, nak belasah cukup2!!!

madmal said...

ape hikmahnya aku x ikut Leo??? pelik kan aku seolah2 pada masa kaw tanya ko nak ikut tak- kaw nak ikut tak, aku memang berat nak pergi.. mcm ada benda yg halang aku pergi.. ish.. pelik aku...

dieya angelica said...

sedih n terharu dgr cerite ni..
J..tq..sbnrnye andalah sahabat sejati..andalah permata diantara ribuan kaca..cewah!!
akmal kan ade kuase..sbb tu die dpt rse..npe tak halang L mase tu..huhu

Unknown said...

Hahahaha...

tp sbnrnye aku rsekan nyawa aku nk tamat waktu 2.

tapi aku pun x sure lak skrg..

life must go on weh...

Thanks...