Followers

Wednesday, April 25, 2012

Tuhan Bukan Medan Escapisme Semata

Assalamualaikum W.B.T

Sekali lagi kita bertemu, hari ni macam ada limpahan idea pula untuk menulis.

Aku nak kongsi satu cerita ni...

Mungkin juga suatu peringatan.

Wahai teman.

Tuhan itu bukanlah medan escapisme semata.

Kenapa agaknya aku berkata sebegitu?

Mari tengok situasi yang aku gambarkan ya?


Aku pernah bertemu dengan seorang kawan lelaki,

Dia ni khabarnya hensem tetapi single

Jadi aku cakap la dengan dia, "awat hang tak cari awek?"

Dengan penuh bersemangat dia menjawab,

"takmo aku, couple tuh haram!"

Pada saat dan ketika itu, aku sungguh admire semangat dia

Ada juga orang yang masih mengangkat darjat agama di zaman ini rupanya.

Tapikan sangkaan aku meleset...

Tup tup hah  nak tunjukkan kuasa tuhan sebenar tuh.

Dia bercouple! 

Jadi dengan spontannya aku berfikir, "benda haram yang dia maksudkan dulu tuh apa?"

Dia betul-betul maksudkan atau tidak?

Adakah semata-mata sebagai pelepas hati sengsara tidak berteman?

Begitu juga halnya dengan situasi ini

Seorang wanita sedang putus cinta..

Boleh dilihat bait-bait kata mereka terus bertukar...

"Cinta ALLAH itu kekal...."
"Sesungguhnya jangan dikejar cinta manusia..."
"Pengabdian kepada tuhan itu lebih berbaloi...."

Blablabla

Then bila jumpa teman baru mengisi kekosongan hati...

Hah, lupa tuhan mana Allah mana....

Cinta dia tuh la yang selamanya, forever and ever happily ever after...go die la!

[pergh marah nampak? relax bro]

{cerita kan, kene la bersemangat}

Hentikanlah....

Katalah kepada diri sendiri benda yang sebenarnya..

Jangan jadikan tuhan itu escapisme semata-mata...

Maksudkan kata anda sebenar, jangan bohongi diri sendiri...


By the way

It's not love fault, it's what you said and done...


2 comments:

Muhammad Ikhwan Radzali said...

pergh. time cuti ni banyak pulak idea kau yek?

Leo Huzair said...

tuh la pasal...

sebenarnya sebab internet ni laju...