Assalamualaikum W.B.T
dan
Salam Seejahtera
Kepada semua pembaca yang sentiase setia membaca walaupun anda kurang memberikan komen.
Harap anda semua berada dalam keadaan yang baik dan ceria.
Ok
Jangan khuatir yek...
Tajuk di atas mungkin nampak kontroversi dan berbahaya tapi saya akan cuba terangkan sekhusus yang mungkin untuk mengelakkan pihak yang kurang bijak tersalah anggap dan bikin gaduh besar.
Nama aku Leo Huzair Sharifudin
Umur 23 tahun
Tahap pendidikan diploma
100% Melayu (walaupun nama aku tak nampak Melayu sangat)
Membesar dan menerima pendidikan yang dikelilingi masyarakat Melayu.
(Asrama penuh keseluruhan Melayu, dan UiTM)
Tanah kelahiranku Malaysia.
Di saat bangku sekolah aku diminta untuk belajar subjek Sejarah.
Untuk mengenal perihal negaraku yang tercinta...
Setiap pagi di perhimpunan dalam keadaan mengantuk, letih..
Kedengaran pelusuk sekolah mendendangkan lagu Negaraku
Aku belajar bagaimana peritnya pejuang-pejuang negara memperoleh Kemerdekaan
Dan sehingga kini, 54 tahun negara ini terus berdiri..
Tapi saat umur aku sekarang ni, zaman belajar semakin kelakar...
Aku lihat ramai pelajar pandai tapi kesian aku lihat mereka kurang bijak.
Berpuluhan ribu pelajar grad, tapi yang jenama yang tetap menempa di hati rakyat jelata tetap Mercedes, BMW, Sony, Nokia, Seiko...
Kadang-kadang aku khuatir, benarkah negara kita ini merdeka?
Bila aku suarakan pendapat ini ramai yang menyalahkan politik negara sekarang...
"Politik banyak korupsi"
"Politik banyak rasuah"
"Politik sekarang tak jujur"
Fikirkan balik, jawapan sebegini tak perlu belajar tinggi pun aku boleh keluarkan...
Jadi berlakunya situasi seperti cerita
"Rise of the Planet Of the Apes"
Golongan muda dan pelajar mula 'bangkit' untuk menentang kejahilan politik kononnya...
Ramai yang pandai memberikan cadangan bagaimana sesuatu kerajaan yang memerintah harus bertindak.
"Tak suka dengan ini, jatuhkan dan ganti baru"
Malaysia ni banyak parti politik.
Yang popular UMNO, PKR, KEADILAN & DAP
Ni selalu dengar dan baca kat surat khabar, radio dan televisyen.
Dan setiap parti ni ada ikon masing-masing yang cukup popular.
Mereka seperti artis juga, ramai peminat yang fanatik mungkin...
Aku banyak lihat rakyat Malaysia selalu mengadu diri tersepit oleh kesusahan yang melanda...
Ramai yang menyalahkan pemerintahan yang ada,
Bagi pihak pembangkang, mereka gunakan itu sebagai tarikan untuk 'menjatuhkan' pihak lawan.
Perlawanan yang penuh emosi bukan?
Dan apakah kaitannya dengan pelajar?
Baiklah.
Umur untuk layak mengundi adalah 21 tahun secara sah.
Dan pelajar IPTA/IPTS banyak jatuh dalam kelompok umur sebegini.
Kalau tuan-puan rajin mengira misalnya,
Katakan 1 IPTA/IPTS jumlah pelajar secara kasar 100k
Ada kononnya 30 IPTA/IPTS seluruh Malaysia..
Jadi 100k x 30 = 3 juta bukan?
Bukankah merupakan sumber undian yang agak tinggi?
Jadi kebanyakan zaman belajar juga merupakan zaman eksploitasi politik.
Tapi kenapa aku cakap kelakar?
Begini ceritanya....
Pelajar adalah golongan yang sentiasa dipenuhi dengan sifat ingin tahu...
Lebih-lebih perkara mengenai "kebenaran"
Situasi dah menjadi seperti "kerajaan vs pelajar"
Kerajaan (tetapkan akta, bersikap acuh tak acuh, korupsi, rasuah, keganasan) --- Pelajar (mencari kebenaran, rasa tersepit, duit tak banyak, nak beli rokok, nak awek, nak kahwin, nak kereta besar, nak hidup senang) ---pembangkang (serahkan informasi, suapkan doktrin-doktrin, harap nak ambil takhta, merasakan pelajar ini perlukan kebebasan, gunakan apa cara sekalipun)
Benda ni berputar-putar bukan?
Kelakar sebab terpelajar pun dimainkan sebegini...
Apa yang kita buat bila seseorang ingin mengetahui sesuatu?
Kita suapkan dengan benda yang dia nak tahu tapi yakin tak benda yang diberi itu betul?
Benda ni akan bersebaran seperti racun.
Dan itu la politik.
Setiap ikon menggunakan istilah 'kisah lama' untuk mengaburi minda pelajar.
Jadi kalau kisah lama sudah tentu mereka yang 'lama' lebih mengerti bukan?
Si A memerintah, Si B mengidamkan takhta, Si keluarkan 'kisah lama' si A, Si A tergugat, keluarkan 'kisah lama' Si B juga. Bagi yang percaya dengan 'kisah lama' si A akan menyokong si B, dan begitulah sebaliknya.
Sehingga mereka lupa yang kita, Malaysia perlukan kisah baru...
Malaysia perlukan Si C...
Yang ceritanya diketahui oleh kalangan zamannya, disaksikan sendiri oleh mereka yang sebayanya.
Kenapa nak bergantung harap pada si A dan B yang tidak pastikan akan kisah mereka?
Pelajar semua pandai-pandai
Tapi kenapa masih tidak berkeyakinan dengan ilmu yang ada?
Kenapa takut nak pimpin negara yang berada di tangan mereka yang kita tidak pernah mengerti asal usulnya?
"susah bro nak lawan diorang, diorang pandai"
Jadi la lagi pandai daripada diorang kan?
Apa benda yang mustahil kalau kita tahu caranya?
Lahirkan la muka baru, tunjukkan jalan kepada mereka....
Katakan kepada si A dan si B,
"you've done a very good job fighting each other for this country, take a rest for eternal let we continue the fight, put faith in us, we love this country as much as you do"
2 comments:
Agak kelakar hujah diutarakan oleh blogger Ricky. Kenapa?
1) Tiada satu negara merdeka di dunia yg tidak menggunakan dan memakai barang keluaran import.
2) Dunia kini mengalami proses globalisasi, jadi jenama tempatan atau import sudah melepasi sempadan.
3) Rakyat mengadu tersepit kesusahan sebab nak pakai kereta import (konon kereta tempatan tak bagus), langgan astro, pakai iphone, ipad, mkn fast food, western, minum starbuck, baju branded.
4) Golongan pelajar hanya pandai dgn ilmu akademik sahaja. Pengetahuan tentang hal ehwal negara, politik, sosio, ekonomi hanyalah berdasarkan info dari media cetak/electronik, internet dan sembang kopitiam.
5) Golongan pelajar mungkin cerdik pandai dan dikategorikan sebagai dewasa tetapi masih belum matang dan berpengalaman luas dlm bidang non-akademik.
6) If u were referring 'C'=students, then it would be chaos if they were to govern the country. Bringing all harvard combine with oxford students, does not guarantee better government or even know how to run a country.
7) We still need either A or B as we need our parents. What we need is mix of A, B and C.
Alamak ABC, gue dah penat type pjg explanation tp internet connection error plak daa...
Ish3....
Tp kan, I just hope that I meet u FTF 1 day and resolve this.
Btw, tq 4 actually willing to read until the end.
Post a Comment