Followers

Thursday, December 22, 2011

"Couple" itu haram??

Assalamualaikum W.B.T

dan 

Salam Sejahtera

Kepada semua pembaca yang sentiase setia membaca.

Kali ni post yang sangat menarik minat aku untuk dibincangkan...

Apa itu 'couple' kawan-kawan?

Apakah itu 'in relationship'?

Sebagai seorang lelaki yang bujang...

Aku sentiasa mencari makna di sebalik benda ini...

Kerana benda ni sangat mempengaruhi dunia sekarang....

Maka,

Aku dapat garap sedikit beberapa pemerhatian dan kesimpulan...

Ada terdapat beberapa escapism dalam dunia percintaan ini.

Mereka yang 'single' akan selalu sukakan quotation seperti

"single is better than in relationship"
"single free ur mind"
"single is simple, double is trouble"

Nampak macam 'tough' jek masing-masing

Tapi kenyataan sebenarnya manusia ni suka hidup berteman..

Kita tetap akan ada perasaan sunyi dan ingin berteman...

Tapi kerana pemikiran mengatakan untuk dapat 'seseorang' yang sanggup melafazkan 

"I LOVE YOU"

Setiap hari itu sukar dan mustahil atas ketidakyakinan sendiri membuatkan kita suka akan 'escapism' sedemikian.

Bagaimana kalau aku cakap...

Nothing better than each other?

'Single is never better than in relationship, in relationship is never better than single'

Sebab dalam 2 status ini, tetap ada 2 kelompok manusia yang berlainan...

oh kalau satu benda itu 'better' kenapa masih ada yang berada dalam perhubungan?

Jadi benda itu 

Nothing more than just an escapism....

Baiklah

Tentang isu 'couple itu haram'

Aku pernah bertanya ramai orang dan juga pengalaman diri sendiri 'berpacaran'

Aku tanya mereka.

"Apa yang korang buat tiap-tiap hari dengan GF/BF korang?"

Jawab diorang :

"Kita sweet2 tiap hari"
"Kongsi cerita gembira, cerita sedih & masalah"
"Berangan tentang masa depan"
"Keluar shopping bersama"

Oh jadi aku fikir, buat benda-benda camtuh mana datang haramnya?

Aku tanya mereka,

Ape bezanya antara aku dengan BF korang kalau aku buat benda camtuh dengan korang setiap hari?

Mereka terdiam sementara untuk berfikir...

"Oh bezanya ada 'SPARK', 'feeling'nya lain"

Aku hanya tersenyum....

Jadi itulah datangnya haram.

Spark atau feeling kononnya sebenarnya bermaksud perbuatan fizikal.

Sebagai kawan, apabila aku bercerita dengan seorang wanita...

Jarak antara kami berdua jauh mungkin...

Tapi apabila aku bercerita dengan kekasihku, sudah semestinya aku akan duduk sebelah (cuddle), berpegangan tangan, 'intimacy' is there bak kata orang Jawa.

Oh jangan salah faham.

Aku bukannya Islamic sangat, tapi aku tetap orang Islam aku ada hukum-hukum yang perlu dipatuh.

Solat pun aku masih belum cukup sempurna.

Tapi keinginan untuk menjadi muslim yang semakin baik itu perlu ada bagi aku.

Cuba tengok sekeliling,

Ramai tak kawan korang yang bercouple?

Cuba pergi kat depan-depan muka korang dan cakap 'couple itu haram'

Mau kau kena marah dan mungkin juga kau akan dilabel extremist bukan?

Sebab korang dah memalukan mereka, menunjukkan seolah-olah mereka takda agama...

Aku jamin

Mereka yang bercouple semua tuh didikan agama cukup,

Tapi mereka semua keliru dengan 'trend' dan juga benda yang sebenar...

Mereka mencampur adukkan...

Maka, daripada cakap 'couple itu haram'

Baik kau bawak rotan, nampak jek terpegang sana sini, gedik sana sini...

Korang sebat jek dengan rotan tangan diorang tuh...

"oih...jangan biasakan macam tuh, berkasih-kasih melalui perkataan pun dah cukup"

Lebih bijak bukan?

Kau tak hilang kawan, dan tak nampak sangat macam korang benci diorang...

Maksiat ni ada macam-macam pendekatan...

Kadang-kadang kita tidak sedar pun kita sedang bermaksiat.

"Eleh kau Leo, macam la kau baik sangat tak pegang sana sini"

Well, I did my time my friend...

Bagi aku that's suck...

Gila,

Aku berjanji untuk melindungi wanita tapi tanpa sedar aku sendiri yang mengambil kesempatan.

Keinginan aku untuk ada GF sampai sekarang masih menebal

Tapi aku kena kawal sebab bukan itu yang sempurna...

Kawan aku pernah cakap dengan aku,

"Apa yang cuba kau buat ni adalah merubah suatu zaman..."

Hurm.....mungkin tapi aku perlu mula dari dalam diri bukan?


Takda istilah 'couple' dulu sebelum kahwin untuk kenal diri masing-masing...

Aku tengok ada jek yang couple 3-4 tahun, kenal lama last-last cerai alasan tidak serasi?

Kehkehkehkeh

Agaknya kenapa bila break up itu sakit?

Pernah dengar tak member-member korang yang bercouple selalu panggil partner dier 'my other half'?

Macam mana itu berfungsi sebenarnya?

Ok, 

Apabila pasangan berlainan jantina bersentuhan,

Kita sebenarnya memberikan sedikit 'nyawa' kita kepada pasangan kita tanpa sedar...

Itulah lahir 'feeling' kononnya...

"Be there by your side"

Kawan yang dah berkawan 10 tahun takda anniversary, couple setiap bulan nak sambut anniversary...

Padahal yang dengar masalah, bebelan tiap-tiap hari kawan gak....

Aku admire kawan-kawan yang 'long distance relationship'

Sebab itu sangat memenuhi kriteria couple yang tidak haram.

Sweet tetap sweet, sayang tetap sayang...

Pedulikan la orang cakap boleh tahan lama ke tak..

Sebab ingat, ikatan yang sah hanyalah perkahwinan.

Oh lagi satu, dengan cara macam ni nak pasang banyak pun takpa...

NONE of them akan rugi apa-apa selagi berlaku jujur....

Tapi korang kene ingat, pompuan ni leceh sikit...

Dengar jek 'pasang banyak' tanpa mengerti apa yang dimaksudkan sudah pasti mereka melenting.

Aku akan kupas isu ni dalam post seterusnya yaaaww..

Assalamualaikum.



2 comments:

Anonymous said...

kadang-kala tanpa kita sedar kita dibentuk dr acuan masyarakat/ trend dan bukannya agama. Mentaliti kita, benda yang ramai orang buat itulah yang betul.

NIce entry, bro~

Maria Ellena said...

Alhamdulillah.. =)

Percaya tak kalau saya kata, in case 1 day suami saya nak kahwin lagi satu, saya insyaAllah akan izinkan.. =)