Followers

Friday, August 5, 2011

Popular bukan nama tengahku.....

Dalam kesuraman petang ini, kumeninjau di balik tingkap Pangsapuri Puncak Perdana ni beb

Sunyi sepi jek memanjang, suasana kolej bertukar menjadi seperti tidak bermaya.

Dalam gelak ketawa yg semakin menghilang, aku dapat merasakan mereka semakin serius belajar.

Namun nilai murni semakin pudar di mana antara mereka sudah semakin tidak mengenali, sikap hentam-menghentam semakin menjadi dengan kehadiran teknologi, senyum merupakan sesuatu yang terpaksa...

YA

Benar jika katamu mereka semakin terdorong ke arah pembelajaran, aku setuju...namun mereka masih tidak tahu akan arah tuju mereka sebenarnya.

Kapasiti mereka semakin diperkecil oleh diri sendiri, mereka semakin meletakkan gred dan kedudukan dalam diri masing-masing...sedangkan mereka adalah lebih.

Jika katamu aku hanya tahu mengkritik, tetapi kalian perlu jelas yang hanya aku mahukan hanya dirimu..

Bukan populariti semata-mata, kerana itu bukan namaku, bukan juga nama tengahku..

Sayang sekali kritikan lebih menguasai sokongan di bumi yang dinaungkan kreatif dan inovatif ini.

Apakah itu teman?

Apakah itu yang dimahukan atau diperlukan?

Ada yang mengatakan seni itu eksploitasi, ekploitasi itu adalah satu bentuk seni...

Jadi di kelompok manakah kita berada?

Fikirkanlah....

Wednesday, August 3, 2011

ROMANTIK....mana kau?

Sudah hampir 5 hari 4 malam aku melabuhkan diri di tempat ilmuan, Puncak Perdana

Setelah sudah setahun meninggalkan tempat ini banyak sungguh yang berubah...

Aku melangkah ke bumi ini atas jemputan teman kecil a.k.a junior untuk sama-sama menyumbang tenaga di dalam filem pendek karya beliau...

Dikatakan karya itu inspirasi daripada pemerhatian karekteristik aku yang molek. :)

Dunia Puncak Perdana di mana aku kembali ke ruangan 'putus maya'...

Talian bimbit mempunyai sedikit masalah apa entah lagi sambungan internetnya yang diselimuti gelombang-gelombang bukit.

Sedikit terkenang akan daku zaman-zaman ketika bersama-sama menjadi ilmuan seperti mereka.

Di tempat inilah aku berjaya merangkul sijil diploma dan aku juga merancang untuk ke arah masa depan yang lebih berisi dengan menyambung semula ke peringkat yang lebih tinggi iaitu degree lebih kurang 7 bulan lagi dalam waktu sekarang.

Musim puasa menjelang kembali di sini, kelihatan pada petang harinya, ahli ilmuan semua bertempiaran mencari juadah berbuka masing-masing.

Ada yang berbuka dengan teman seangkatan dan ada juga yang bersama bibit mesra mereka berdua.

Oh...filem pendek temanku ini bertemakan ROMANTIK.

Satu tema yang tidak pernah asing dalam jiwa pejuang muda di institusi yang gemilang ini.

Namun tema itu seakan aku rasa asing bagi diriku...

Sudah aku lupa akan sifat romantikku yang telah lama ditunjal sana sini sehingga aku memilih untuk menyembunyikannya.

Aku lebih banyak berfikir ke arah masa depan yang gemilang, pembentukan karektor bersih dari kebencian dan dendam sehingga aku lupa sifat itu disembunyikan di ceruk mana...

Mungkinkah kata-kata manis mulutku sememangnya hanya kata-kata atau sifat dalaman yang senantiasa memberontak ke arah tuannya untuk dibebaskan?

Maaf wahai romantik, aku bukan sengaja tidak bagi engkau kembali bermaharajalela dalam diriku ini tapi aku khuatir dirimu akan dipermainkan semula...

Tidak sekali aku menyangka bahawa engkau penghalang kejayaanku sedangkan nyata sekali aku merinduimu...

"Tatkala bulan itu sunyi, bintanglah penemannya kerana sesuatu yang indah sesungguhnya pengubat duka lara"

Demi menjayakan projek temanku ini, aku menyeru kau untuk kembali sementara...

Marilah, bermaharajalelalah kau demi menggembirakan kaum yang sungguh menarik perhatianku...

ROMANTIK kaulah sumber HAWAku.