Bilaku bersendirian sementara ini...
Fikiranku jauh melayang ke tengah lautan angan-angan
Memandangkan telah 22 kali musim raya aku lalui...
Perasaannye tetap sama, bercampur baur...
Apa yang datang dalam fikiranku sekarang..
Aku ingin mengumpul duit dengan banyak..
Supaya..
Aku dapat kahwin cepat, aku tak mahu tunggu lame-lame.
Bukanlah nak kata aku ni gersang sangat..
Aku tak mahu terjebak dalam perhubungan yang terlalu panjang...
Memberi kata-kata manis terlalu banyak namun akhirnya, KOSONG belaka.
Aku teringin nak dukung anak aku sendiri, bentukkan dia sebagaimana aku cuba membantu orang lain.
Aku teringin nak merasa seseorang (atau lebih) menunggu aku balik di rumah.
Aku teringin nak hidup di mana aku sendiri yang mencorakkannya, hias sendiri.
Dan AKU sahaja yang merasa perit dan manis atas perbuatan aku itu tanpa perlu aku menyalahkan orang lain.
Aku hanya mencari wanita-wanita yang aku suka dan berminat...cukup bagiku mengetahui yang dia suka dan selesa akan diriku TANPA perlu mengikat pertalian GF-BF.
Sampai cukup matang simpananku, antara mereka yang sanggup menerimaku dengan nilai simpanan itu akan aku bina keluargaku sendiri.
Mungkin ada pihak yang akan berkata usia aku muda lagi, tetapi zaman sekarang tidak semuda usia aku..
Fikiran aku bukan setakat diri aku tetapi bakal penyambung keturunan aku.
Aku pernah bercerita yang aku menyimpan cita-cita untuk kahwin ramai..
Mostly aku cerita kat pompuan ar...
Almost 95% negative reaction la semestinya kan....
Tapi kenapa? Sebab aku nak anak ramai..
Pompuan zaman sekarang rata-rata aku dengar nak anak maksimum 4 tapi aku nak lebih.
Kalau aku kawin seorang, aku nak 8 anak...dah orang akan cakap aku buat isteri aku macam kilang la plak.
So kalau 4 seorang, 4 x 4 = 16!!
Aku bukan datang dari kaum kerabat, anak-anak merupakan harta aku.
Sekiranya aku membina empayar suatu hari nanti, merekalah yang akan meneruskan perjuangan aku..
Aku menolak solution mengambil anak angkat kerana pertalian darah...walaupun sungguhnya kasih sayang tidak membezakan pertalian bukan?
Tapi takpe, aku terlalu runsing tentang dunia dan memikirkan aku bukan insan yang terlalu istimewa buat tuhanku.
Aku berusaha membantu dunia dengan bakal keluargaku, zuriatku....mungkin Dia akan membantu mereka lebih berbanding diriku.
Aku tidak dapat terus mencelah di tengah-tengah 'urusan' dunia dan membetulkan segalanya..
Biarlah aku berhempas pulas sekarang memikirkan strategi dan pelaksananya adalah keluargaku yang akan aku tinggalkan.
Bila kita cerita kat kawan, tidak banyak benda tuh diserap...tapi pertalian darah kita sendiri mungkin lebih, sebab bukan sahaja mereka mendengar tetapi tetapi mengalir dan bergetar di dalam darah mereka.
Pada luaran, aku mungkin nampak seperti seorang yang funky...
Dok merempit sana sini, hidup fikir nak enjoy menghabiskan duit tetapi inilah aku yang sebenarnye...JAUH dalam diri aku.
Perlahan-lahan aku merubah diri untuk mereka, bakal generasi aku...yang akan berBin dan berBinti kan aku.
Kawan-kawan, jangan sia-siakan bakal generasi anda....jangan terlalu sibuk mencari cinta dan bersedih kerananya sehingga terlupa benda yang paling manis dalam perhubungan itu iaitu MELIHAT DIRI ANDA MELALUI MEREKA.
9 comments:
wow.. satu pandangan dan desakan naluri yg sgt kritis dan mendalam. thanks mr gen b. i'll remember ur words..
"mengenal diri melalui mereka"
Hahahahhaha....ni idea ko yg bagi.
aik?? aku pulak yg bagi?? ko biar betol gen.. aku selalu amek petikan ayat ko kot.. x pnah plak aku bg ko ayat utk ko ikut.. huk huk..
mmg ar ko xkn bg directly maa....aku kn catat kata2 ko...tggu mse nk buat buku jek
hahaha.. aku tak percaya ko ada buku tu lagi..aku rasa ko da buang,, ahahahahahaha!
knape lak ko rse xde?
hahahhaha erkkkkk:p
sebab meja ko selalu berselerak.. dan aku tawu, mesti ada benda yg ko carik x jumpa nanti. hahaha. :)
hebatnye ko...
bleh predict future lak skrg ni...
ko invent ape lak kali ni?
Post a Comment