Followers

Wednesday, July 18, 2012

Membuat Pilihan?

Assalamualaikum W.B.T
&
Salam sejahtera

Selamat datang kepada dunia blogging vampire

Kerana blog ini seolah-olah tidak diperbaharui sejak 600 tahun yang lalu.
{mungkin sibuk dengan tugasan harian atau alasan yang paling logikal : malas}



Kepada yang bertanya ke mana jasad ini menghilang di alam maya

Minta jangan khuatir

Diriku ini tidak pernah lesap, hanya menjadi mata-mata yang memerhati dan mengamati.

Jadi,

Di sini hamba ingin berkongsi suatu perbualan bersama dengan Puan Kenchana.

Kami berdua sedang khusyuk berbual pelbagai perkara.

Sehingga menyentuh bab pilihan.


Semestinya bab pilihan ini merupakan suatu perkara yang sangat menarik untuk dibincangkan.
Jadi aku mengemukakan suatu pertanyaan.

"Solat Istikharah biasanya dilakukan untuk mendapatkan hidayah Allah S.W.T untuk mendapat pilihan yang terbaik bukan?"

Rata-ratanya solat istikharah biasanya dikaitkan dengan isu yang popular iaitu dalam pemilihan jodoh.

Jodoh adalah sesuatu yang ghaib dan dirahsiakan

Ramai orang kelihatan akan runsing kerana risau mungkin mereka akan tersilap membuat keputusan dalam memilih pasangan yang mereka akan makan, tidur dan secara asasnya menghabiskan sepanjang hidup mereka bersama.

Dan ketahuilah dunia ini penuh dengan cabaran, begitu juga penuh dengan manusia yang pelbagai sikap dan sifat.

Kerana variasi inilah terhasilnya pemikiran berbelah bahagi dan aku khususnya isu kali ini kepada lelaki.

Contohnya seorang lelaki menyukai 2 orang wanita dalam suatu masa.
[bayangkan situasi lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu - UK's]

Sepanjang aku perhatikan bentuk pemikiran yang biasanya ialah memilih salah satu dan hidup bahagia selamanya.

 CLICHE giler.

Dan apabila memilih kedua-duanya, lelaki itu akan dikatakan tamak haloba.

Jadi aku cuba mencabar pemikiran Puan Kenchana ketika itu.

"Apabila terdapatnya dua wanita pilihan bagi lelaki, mungkin mereka akan menunaikan solat istikharah untuk memilih antara duanya tapi mereka terlupa satu lagi pilihan"

Dan Puan Kenchana kelihatan seperti tertanyalah ketika itu.

"Satu lagi pilihan adalah memilih dua-dua sekali!!"

Tapi bagaimanapun Puan Kenchana tetap seorang wanita yang aku yakin memang 'pantang' akan isu poligami.

Statement biasanya kita selalu dengar dan mak aku pun selalu cakap,

"Perempuan mana yang suka berkongsi"


Tapi sebelum melompat macam beruk, sila sedar ruang.

Solat Istikharah ditunaikan untuk meminta 'pendapat' tuhan tentang suatu keputusan yang ingin dibuat.

Dalam situasi seperti ini,
Seorang lelaki perlu membuat solat istikharah 2x

Kenapa?

Ya...

Yang pertama untuk membuat pilihan sama ada memilih keduanya atau memilih salah satu.

Andai diberikan petunjuk untuk memilih kedua-duanya, teruskan...berikan penerangan.

Dan buat solat hajat pula memohon pertolongan Allah kemampuan zahir dan batin.

Andai diberi petunjuk untuk memilih antara dua, buat solat istikharah sekali lagi untuk pilih mana satu yang terbaik.

Hentikan persoalan [kalau boleh adil, kalau mampu, kalau itu kalau ini]
Boring ok?

Allah lebih mengenali hamba-Nya daripada mereka mengenali diri sendiri.
Sekiranya Dia memberi petunjuk untuk memilih keduanya, sudah pasti Dia mempunyai perancangan yang baik untuk kita.
Jangan buruk sangka dengan Tuhan.


[Oh bila hal poligami, bila hal nak kahwin lagi tuh barulah nak ingat Tuhan, nak ingat sunnah Nabi?]
The mind is playing a trick on you!

Alhamdulillah, ingat juga dia kepada Tuhan.

Jangan cepat menilai, tidak pernah salah mendoakan kebaikan seseorang.
Kalau kita dah hilang kepercayaan kat sesuatu/seseorang tidak mengapa.
Jangan hilang kepercayaan kat Tuhan


Ketahuilah lelaki juga meragui keupayaan sendiri.
Andai kau jumpa lelaki yang tersasar,
Doakan sejahteraan dia, mohon Tuhan beri dia petunjuk
Andai lelaki itu tidak berlaku adil,
Doakan dia menjadi lebih bertanggungjawab.

maka kawan-kawan,
Jangan takut membuat pilihan.
Kita hanya tahu keputusan itu baik atau buruk 
Selepas kita menghadapinya.

So cheer up!!


1 comment:

Muhammad Ikhwan Radzali said...

perlu ke meme last tu? haha.