Followers

Wednesday, August 31, 2011

Adakah aku bebas?

Pagi mengulit sepi, cahaya suram kalimantangan tepat di atasku

Jam berdetik-detik, aku mendengarnya seperti itik

Aku menunggu saat, waktu di mana 54 tahun dahulu...

Negaraku yang tercinta ini bertungkus lumus berjuang membebaskan diri daripada pelukan raksasa penjajah..

Umurku belum genap suku abad lagipun, hanya mula bertapak di bumi bertuah ini pada saat umurnya 31 tahun.

Aku belajar tentang apa ertinya perjuangan itu, apa maksud pembebasan & mungkin apa maksud dibebaskan...

Aku laungkan kebanggaan.....MERDEKA!

Ku selami peristiwa pembunuhan residen British di Pasir Salak & mereka yang turut terkorban...

Sistem residen yang menjadi 'sumber pendapatan' penjajah...

Sekali lagi kulaungkan kebanggaan....MERDEKA!!

Kujulangkan tangan ke langit....pandanganku tiba-tiba terpaku ke arah jam tangan yang dipakai...

Jelas tertulis G-SHOCK,

Ku memandang ke bawah melihat kasutku, tertulis BALLY

Baju, NIKE, seluar DOCKERS...

Tersentak diriku sementara...

Kulaungkan MERDEKA memakai benda ini semua?

Perasaan malu menerjah ke jiwaku....

"Barangkali Birch masih hidup, dia tidak pernah mati...." bisik hatiku.

Iya, Birch masih hidup melalui pakaianku....dia masih 'menasihati' tentang pilihan yang terbaik untuk meneruskan hidup di negara yang sudah 54 kali dibilang MERDEKA.

Bergegas ingin ku tukarkan kepada pakaian rasmi kaumku, baju melayu...

Aku senyum...."akhirnya, dekat dengan asalku"

Namun, aku perasan tag EMMER ZEGNA...sekali lagi aku terdiam.

Sehingga sekarang mereka masih menunjukkan kepada kita tanpa kita sedar?

Kita bagaikan berperang di negara tercinta, semangat membara namun uniform yang dipakai uniform mereka?

Nak bawa kereta PROTON kita kata kereta itu tidak standard, nak beli barang buatan Malaysia kita kata "apa salahnya berbelanja lebih untuk kualiti..."

Apakah kelemahan negara kita tidak boleh dimaafkan?

Jika begitu sanggupkah kita melaungkan MERDEKA di negara jiran?

Aku malu dengan diriku....

Teman, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 54...

Pertahankan yang jelas, yang tersembunyi mari kita bersama tangani...!

Monday, August 29, 2011

Alkisah Pondok Usang

Aku seorang perantau yang gigih mencari ilmu...

Sungguhpun pada hakikatnya, jauh di sudut hati perasan malas sedang bercucuk tanam...

Menaburkan benih pelbagai gred di jiwa kudus ini...

Tiada siapa pernah menjanjikan rantauan perjalanan ini mudah...

Perit, sakit, guris terluka...kau namakan saja.

Aku bersama perantau lain terus berusaha sehingga satu demi satu gugur di medan...

Ku mensyukuri nikmat yang diberikan tuhan sekalian alam...

Dia berikan aku kekuatan, kesihatan & lebih baik kebijaksanaan...

Menggunakan anugerahnya, aku asaskan Pondok Usang.

Di sinilah tempat aku mencurahkan segala pemberian tuhan kepada mereka yang memerlukan..

Aku tidak pernah memaksa, andai luhur hati untuk mendengar, persilalah...

Barisan penuntut yang pertama, ku lihat mukanya ungguh suci terselit perasaan segan...

Kumulakan dengan ramah bersenda gurau sehingga aku suntik cecair ilmu sebenar secara halus ke dalam pemikiran mereka...

Tuhan tidak turunkan ilmu kepada mereka yang tidak mampu menerimanya, sungguhpun aku hanya sebagai medium pengantara...

Andai izinnya bagi mereka terima, semadilah berkurun lamanya...

Alhamdulillah...ternyata mereka bukan orang sembarangan.

Mereka terima dan serap..aku senyum melihat mereka berjaya.

Pelbagai buku hikmat ditulis dengan dakwat emas, pemikiran hebat menuju kedewasaan..

Di Pondok Usang inilah, tempat aku, tempat mereka...segala senyum duka lara.

Andai aku merantau hilang, jangan mereka buat penghalang.